Malaysia legislation
Section 90B
Seksyen 90B
Jika barang-barang diangkut—
(a)
dari Labuan ke kawasan utama kastam; atau
(b)
dari kawasan utama kastam ke Labuan, peruntukan Akta ini hendaklah, dengan apa-apa ubah suaian dan penyesuaian sebagaimana yang perlu, terpakai seolah-olah barang-barang itu telah diimport masuk ke dalam atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, dieksport dari, kawasan utama kastam dari atau ke suatu tempat di luar Malaysia, dan tanpa menjejaskan keluasan makna di atas, peruntukan Bahagian X hendaklah terpakai bagi barang-barang yang diangkut ke atau dari Labuan dari atau ke kawasan utama kastam dan bagi orang dan kenderaan, vesel dan kapal udara yang mengangkut barang-barang itu.
Akuan tentang barang-barang yang diangkut dari Labuan ke kawasan utama kastam