Malaysia legislation

Section 91

of *AKTA EKSAIS 1976

Seksyen 91

(2)

Walau apa pun apa-apa jua yang berlawanan yang terkandung dalam Akta ini, seksyen 40A tidak terpakai di Sabah dan Sarawak bagi—

(a)

mana-mana vesel, yang nakhodanya telah memuaskan hati pegawai yang hak bahawa kemasukan vesel itu ke dalam perairan Malaysia disebabkan oleh hal keadaan di luar kawalannya, dan bahawa kemasukan vesel itu dan sebab kemasukannya dilaporkan kepada pihak berkuasa kastam atau pihak berkuasa polis yang berhampiran sekali sebaik sahaja dia mendapat peluang yang sesuai, dan bahawa selepas kemasukan itu tiada seorang pun di atas vesel itu atau yang berkaitan dengan vesel itu telah melakukan apa-apa perbuatan yang berlawanan dengan mana-mana undang-undang bertulis; atau

(b)

mana-mana lancang tempatan jika orang yang menjaganya boleh menunjukkan dengan memuaskan hati seorang pegawai yang hak bahawa dia telah datang dari suatu tempat berlepas yang tidak lazim diberi atau dibawa darinya pelepasan atau daftar muatan.

(3)

Walau apa pun apa-apa jua yang berlawanan yang terkandung dalam Akta ini, semua duti eksais yang kena dibayar di Sarawak di bawah Akta ini hendaklah dibayar dalam suatu tempoh selepas tarikh pengimportan atau muatan barang-barang bagi pemindahan mengikut

146 Undang-Undang Malaysia AKTA 176

mana-mana yang berkenaan, sebagaimana yang diperuntukkan oleh

Menteri melalui peraturan-peraturan yang dibuat, atau jika tiada apa-apa peraturan-peraturan sedemikian, sebelum barang-barang itu dipindahkan daripada kawalan eksais:

Dengan syarat bahawa duti eksais ke atas barang-barang yang disimpan dalam sesuatu gudang kastam berlesen atau gudang yang diluluskan menurut mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini bagi maksud itu hendaklah dibayar pada masa dan mengikut cara sebagaimana yang ditetapkan oleh peraturan-peraturan itu.

BAHAGIAN XVA

DENGAN LANGKAWI

Tafsiran