Malaysia legislation

Section 91D

of *AKTA EKSAIS 1976

Seksyen 91D

Langkawi

Barang-barang yang tertakluk pada duti eksais, selain daripada yang disebut dalam seksyen 91B, yang dikilang di wilayah lain dalam

Malaysia apabila dipindahkan ke Langkawi hendaklah disifatkan sebagai pengeksportan dari wilayah itu ke suatu tempat di luar

Malaysia bagi maksud seksyen 19 dan perenggan 28(d).

Duti eksais yang berhubungan dengan Langkawi

91DA. (1) Walau apa pun apa-apa jua yang berlawanan yang terkandung dalam Akta ini—

(a)

tiada duti eksais kena dibayar ke atas apa-apa barang yang diimport masuk ke Langkawi, selain barang-barang yang diisytiharkan oleh Menteri dari semasa ke semasa melalui perintah yang disiarkan dalam Warta;

(b)

duti eksais hendaklah kena dibayar atas semua barang berduti yang diangkut ke kawasan utama kastam dari Langkawi bagi segala maksud seolah-olah pengangkutan ke kawasan utama kastam itu ialah pengimportan ke dalam Malaysia;

(c)

Menteri boleh, melalui perintah, menetapkan erti perkataan

“nilai” berhubung dengan barang-barang yang diangkut dari

Langkawi ke kawasan utama kastam.

148 Undang-Undang Malaysia AKTA 176

(2)

Subseksyen 6(2), (3), (4), dan (5) hendaklah terpakai bagi apa-apa perintah yang dibuat oleh Menteri di bawah perenggan (1)(a).

(3)

Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menjadikan tidak terpakai bagi Langkawi apa-apa duti eksais lain yang boleh ditetapkan oleh Menteri di bawah subseksyen 6(1).

Pengangkutan barang-barang ke atau dari Langkawi dari atau ke kawasan utama kastam

91DB. Jika barang-barang diangkut—

(a)

dari Langkawi ke kawasan utama kastam; atau

(b)

dari kawasan utama kastam ke Langkawi, peruntukan Akta ini hendaklah, dengan apa-apa ubah suaian dan penyesuaian sebagaimana yang perlu, terpakai seolah-olah barang-barang itu telah diimport masuk ke dalam atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, dieksport dari, kawasan utama kastam dari atau ke suatu tempat di luar Malaysia, dan tanpa menjejaskan keluasan makna di atas, peruntukan Bahagian X hendaklah terpakai bagi barang-barang yang diangkut ke atau dari Langkawi dari atau ke kawasan utama kastam dan bagi orang dan kenderaan, vesel dan kapal udara yang mengangkut barang-barang itu.

Akuan tentang barang-barang yang diangkut dari Langkawi ke kawasan utama kastam

91DC. Orang yang menjaga mana-mana kenderaan, vesel atau kapal udara yang di dalamnya barang-barang diangkut dari Langkawi ke kawasan utama kastam hendaklah membuat suatu akuan dalam bentuk dan mengikut cara yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.

Eksais 149

Barang-barang berduti hendaklah disifatkan sebagai tidak berduti semasa berada di Langkawi

91DD. Apa-apa barang berduti, selain barang-barang yang diisytiharkan oleh Menteri di bawah perenggan 91DA(1)(a) atau disifatkan sebagai telah diisytiharkan oleh Menteri di bawah perenggan itu, hendaklah, semasa berada di Langkawi, disifatkan sebagai barang-barang tidak berduti dan peruntukan Akta ini hendaklah ditafsirkan sewajarnya.

Pemungutan duti di Langkawi

91DE. Dalam membuat peraturan-peraturan di bawah seksyen 85

Menteri boleh membuat peruntukan—

(a)

bagi pemungutan di Langkawi duti eksais yang kena dibayar berkenaan dengan barang-barang yang diangkut atau hampir hendak diangkut dari atau ke Langkawi ke atau dari kawasan utama kastam;

(b)

bagi batasan atau sekatan tentang vesel dan pesawat udara yang boleh digunakan untuk mengangkut barang-barang itu; dan

(c)

bagi pelesenan atau pengawalan orang atau kenderaan, vesel atau kapal udara yang mengangkut barang-barang itu.

Pemakaian peruntukan yang berhubungan dengan pulang balik bagi barang-barang yang diangkut ke Langkawi

91DF. Peruntukan yang berhubungan dengan pulang balik di bawah

Akta ini hendaklah terpakai bagi barang-barang selain barang-barang yang diisytiharkan oleh Menteri di bawah perenggan 91DA(1)(a) atau disifatkan sebagai telah diisytiharkan oleh Menteri di bawah perenggan tersebut, yang diangkut dari kawasan utama kastam ke

Langkawi seolah-olah barang-barang itu telah dieksport semula.

150 Undang-Undang Malaysia AKTA 176

BAHAGIAN XVB

DENGAN TIOMAN

Tafsiran