Malaysia legislation

Section 91I

of *AKTA EKSAIS 1976

Seksyen 91I

Duti eksais yang berhubungan dengan Tioman

(a)

tiada duti eksais kena dibayar ke atas apa-apa barang yang diimport masuk ke Tioman, selain barang-barang yang diisytiharkan oleh Menteri dari semasa ke semasa melalui perintah yang disiarkan dalam Warta;

(b)

duti eksais hendaklah kena dibayar atas semua barang berduti yang diangkut ke kawasan utama kastam dari Tioman bagi segala maksud seolah-olah pengangkutan ke kawasan utama kastam itu ialah pengimportan ke dalam Malaysia; dan

(c)

Menteri boleh melalui perintah, menetapkan erti perkataan

“nilai” berhubung dengan barang-barang yang diangkut dari

Tioman ke kawasan utama kastam.

(2)

Subseksyen 6(2), (3), (4) dan (5) hendaklah terpakai bagi apa-apa perintah yang dibuat oleh Menteri di bawah perenggan (1)(a).

(3)

Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menjadikan tidak terpakai bagi Tioman apa-apa duti eksais lain yang boleh ditetapkan oleh Menteri di bawah subseksyen 6(1).

152 Undang-Undang Malaysia AKTA 176

Pengangkutan barang-barang ke atau dari Tioman dari atau ke kawasan utama kastam