Malaysia legislation
Section 91U
Seksyen 91U
Duti eksais yang berhubungan dengan Pangkor
(a)
tiada duti eksais kena dibayar ke atas apa-apa barang-barang yang diimport masuk ke dalam
Pangkor, selain barang-barang yang diisytiharkan oleh Menteri dari semasa ke semasa melalui perintah yang disiarkan dalam Warta;
156 Undang-Undang Malaysia AKTA 176
(b)
duti eksais hendaklah kena dibayar atas semua barang-barang berduti yang diangkut ke kawasan utama kastam dari
Pangkor seolah-olah pengangkutan ke kawasan utama kastam itu ialah pengimportan ke dalam Malaysia; dan
(c)
Menteri boleh, melalui perintah, menetapkan erti perkataan
“nilai” berhubung dengan barang-barang yang diangkut dari
Pangkor ke kawasan utama kastam.
(2)
Subseksyen 6(2), (3), (4) dan (5) hendaklah terpakai bagi apa-apa perintah yang dibuat oleh Menteri di bawah perenggan (1)(a).
(3)
Tiada apa-apa dalam seksyen ini boleh menjadikan tidak terpakai bagi Pangkor apa-apa duti eksais lain yang boleh ditetapkan oleh Menteri di bawah subseksyen 6(1).
Pengangkutan barang-barang ke atau dari Pangkor dari atau ke kawasan utama kastam