Malaysia legislation

Section 92

of *AKTA EKSAIS 1976

Seksyen 92

Undang-undang bertulis yang dinyatakan dalam Jadual kepada

Akta ini adalah dengan ini dimansuhkan kecuali setakat mana undang-undang itu berhubung dengan todi:

Dengan syarat bahawa sesuatu pelantikan yang dibuat, kewajipan yang ditanggungkan, lesen yang dikeluarkan, dan kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawah mana-mana daripada undang-undang bertulis yang dimansuhkan dengan ini hendaklah, setakat mana ianya tidak berlawanan dengan Akta ini, tetap berkuat kuasa sehingga peruntukan lain dibuat baginya di bawah Akta ini.