Malaysia legislation
Section 9
Seksyen 9
Kuasa Ketua Pengarah untuk mentaksir semula
Apabila Ketua Pengarah ada sebab bagi mempercayai atau mengesyaki bahawa kuantiti atau kualiti barang-barang berduti yang dibuat daripada sesuatu kuantiti atau kualiti tertentu bahan mentah atau
32 Undang-Undang Malaysia AKTA 176
bahagian komponen adalah kurang kuantitinya atau rendah kualitinya daripada yang sepatutnya telah diperoleh daripadanya, Ketua Pengarah boleh mentaksir semula duti yang kena dibayar pada sesuatu kuantiti yang lebih besar atau sesuatu kualiti yang lebih tinggi sebagaimana yang difikirkannya patut. Tiap-tiap taksiran yang dibuat oleh Ketua
Pengarah di bawah Akta ini hendaklah disifatkan sebagai betul.