Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
Pemohonan mendapatkan Lesen ini hendaklah diiklankan atas perbelanjaan sendiri dengan cara:
(a)
Mengiklankan selama satu (1) hari dalam mana-mana surat khabar edaran nasional berbahasa kebangsaan dan menampal notis di premis di mana perniagaan hendaklah dijalankan selama lima (5) minggu bagi permohonan mendapat lesen baharu atau menukar tempat perniagaan.
Semua perbelanjaan berkaitan adalah ditanggung oleh pemohon.
(b)
Menampal salinan borang permohonan tersebut di bangunan di mana perniagaan itu akan dijalankan selama lima (5) minggu iaitu mulai pada 5 Februari 2021 (Jumaat) sehingga tarikh mesyuarat berlangsung.