Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
Seksyen 54 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas subseksyen (3) subseksyen yang berikut:
“(3a) Jika oleh sebab jenis, saiz atau amaunnya tidak praktikal untuk mengeluarkan apa-apa barang-barang, kereta, vesel atau kapal udara yang disita di bawah seksyen ini, pegawai yang menyita itu boleh, dengan apa-apa cara, mengelak barang-barang, kereta, vesel atau kapal udara itu, atau premis atau tempat yang di dalamnya barang-barang, kereta, vesel atau kapal udara itu dijumpai.
(3b)
Seseorang yang, tanpa kuasa yang sah, memecah, mengganggu atau merosakkan lak yang disebut dalam subseksyen (3a) atau mengeluarkan apa-apa barang-barang, kereta, vesel atau kapal udara yang dilak itu, atau cuba untuk berbuat demikian, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau kedua-duanya.”.
Undang-Undang Malaysia 6
Akta A1629
Seksyen baharu 56e