Malaysia legislation
Section 27
Seksyen 27
(2)
Apa-apa pendaftaran francais yang diluluskan di bawah
Akta ibu sebelum mula berkuatkuasanya Akta ini hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, terus berkuat kuasa bagi apa-apa tempoh berkuat kuasa yang ditetapkan di bawah seksyen 10
Akta ibu sebagaimana yang dipinda oleh Akta ini.
(3)
Mana-mana orang asing yang telah mendapat kelulusan untuk menjual francais di Malaysia atau kepada mana-mana warganegara
Malaysia di bawah seksyen 54 Akta ibu sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa
Akta ini, disifatkan telah membuat pendaftaran francaisnya di bawah seksyen 6 Akta ibu sebagaimana yang dipinda oleh
Akta ini.