Malaysia legislation

Section 3

of AKTA FRANCAIS (PINDAAN) 2020

Seksyen 3

Akta ini, dipinda dalam teks bahasa kebangsaan—

(a)

dalam teks bahasa kebangsaan, dengan memasukkan selepas takrif “francais” takrif yang berikut:

‘ “francaisi” ertinya seseorang yang kepadanya francais diberikan dan termasuk, melainkan jika dinyatakan selainnya dalam Akta ini—

(a)

francaisi induk berkenaan dengan hubungannya dengan francaisor; dan

(b)

subfrancaisi berkenaan dengan hubungannya dengan francaisi induk;

“francaisi induk” ertinya seseorang yang diberi hak oleh francaisor untuk mensubfrancaiskan kepada orang lain, atas perbelanjaannya sendiri, francais kepunyaan francaisor itu;

“francaisor” ertinya seseorang yang memberikan francais kepada francaisi dan termasuk francaisi induk berkenaan dengan hubungannya dengan subfrancaisi, melainkan jika dinyatakan selainnya dalam Akta ini;’;

(b)

dalam teks bahasa kebangsaan, dengan memasukkan selepas takrif “iklan” takrif yang berikut:

‘ “konsultan francais” ertinya seseorang yang memberikan nasihat dan perkhidmatan konsultasi kepada orang lain mengenai pendaftaran perniagaan francais dan pematuhan kepada undang-undang yang berhubungan dengannya;’;

Francais (Pindaan)

(c)

dalam teks bahasa kebangsaan, dengan memotong takrif

“pemberi francais”, “pemegang francais”, “pemegang francais induk” dan “perunding francais”; dan

(d)

dengan memasukkan selepas takrif “perjanjian francais”

takrif yang berikut:

‘ “subfrancais” ertinya suatu francais yang diberikan oleh francaisi induk kepada subfrancaisi bagi tujuan perniagaan di bawah Akta ini;

“subfrancaisi” ertinya pemegang subfrancais;’.

Pindaan seksyen 6