Malaysia legislation

Section 12

of AKTA HAK CIPTA (PINDAAN) 2012

Seksyen 12

Pindaan seksyen 16a

(a)

dalam subseksyen (1)—

(i)

dengan menggantikan perenggan (c) dengan perenggan yang berikut:

“(c) pengeluaran semula penetapan suatu persembahan;”;

(ii)

dalam perenggan (d), dengan menggantikan perkataan “menjadikan tersedia untuk” dengan perkataan “pengedaran kepada”; dan

(iii)

dalam perenggan (e), dengan memasukkan selepas perkataan “penyewaan” perkataan “komersial”;

(b)

dalam subseksyen (2)—

(i)

dengan menggantikan perkataan “subseksyen (1)”

dengan perkataan “perenggan (1)(b)”; dan

(ii)

dalam teks bahasa kebangsaan, dengan menggantikan perkataan “persembahan secara langsungnya”

dengan perkataan “persembahannya”; dan

(c)

dalam subseksyen (3)—

(i)

dalam subperenggan (b)(i), dengan menggantikan perkataan “hal ehwal” dengan perkataan

“peristiwa”;

(ii)

dengan menggantikan subperenggan (b)(iii) dengan subperenggan yang berikut:

“(iii) dibuat bagi maksud suatu prosiding kehakiman, suatu prosiding suruhanjaya diraja atau badan perundangan, suatu siasatan berkanun atau Kerajaan, atau laporan mengenai mana-mana prosiding atau siasatan itu, atau bagi maksud pemberian nasihat profesional oleh pengamal undang-undang;”; dan

Undang-Undang Malaysia 10

Akta A1420

(iii)

dengan menggantikan perenggan (d) dengan perenggan yang berikut:

“(d) suatu rakaman bunyi atau filem secara terus sesuatu persembahan yang dibuat oleh atau di bawah arahan atau kawalan suatu perkhidmatan penyiaran yang telah mendapat persetujuan pelaku untuk menyiarkan persembahan itu, dan rakaman atau filem itu dimusnahkan sebelum berakhir tempoh enam bulan sebaik selepas rakaman atau filem itu dibuat atau suatu tempoh yang lebih lama yang dipersetujui antara perkhidmatan penyiaran dengan pelaku itu;”.

Pindaan seksyen 16b