Malaysia legislation

Section 13

of AKTA HAK CIPTA (PINDAAN) 2012

Seksyen 13

Seksyen 16b Akta ibu dipinda—

(a)

dalam subseksyen (2), dengan memotong perkataan “atau pada masa pindah hakmilik hak sewaan”;

(b)

dalam subseksyen (3) teks bahasa kebangsaan, dengan menggantikan perkataan “persembahan secara langsungnya”

dengan perkataan “persembahannya”;

(c)

dengan memasukkan selepas subseksyen (3) subseksyen yang berikut:

“(3a)  Dalam ketiadaan kontrak tentang saraan yang saksama yang kena dibayar di bawah subseksyen (1), pelaku boleh memohon kepada Tribunal untuk menentukan amaun yang kena dibayar sebagai saraan yang saksama.

(3 b)  Pelaku boleh juga memohon kepada

Tribunal—

(a)

untuk mengubah apa-apa kontrak tentang amaun yang kena di bayar sebagai saraan yang saksama;

atau

(b)

untuk mengubah apa-apa penentuan Tribunal yang terdahulu berhubungan dengan saraan yang saksama itu.

Hak Cipta (Pindaan)

(3c)

Permohonan oleh seseorang pelaku di bawah perenggan (3b)(b) hanya boleh dibuat dalam tempoh dua belas bulan dari tarikh penentuan yang terdahulu, melainkan jika kebenaran khas oleh Tribunal telah diperoleh.

(3d)

Apabila dibuat permohonan di bawah seksyen ini, Tribunal hendaklah mempertimbangkan perkara itu dan membuat apa-apa perintah tentang cara pengiraan dan pembayaran saraan yang saksama sebagaimana yang difikirkannya munasabah dalam hal keadaan itu, dengan mengambil kira kepentingan sumbangan pelaku kepada rakaman bunyi itu.

(3e)

Sesuatu kontrak tidak mempunyai kesan setakat yang ia bermaksud untuk menghalang seseorang pelaku mempersoalkan amaun saraan yang saksama atau menyekat kuasa Tribunal di bawah seksyen ini.”;

(d)

dengan menggantikan subseksyen (4) dengan subseksyen yang berikut:

“(4)  Bagi maksud seksyen ini, “diterbitkan bagi maksud komersial” ertinya rakaman bunyi itu telah dijadikan tersedia kepada orang awam melalui cara wayar atau wayarles dengan cara yang sedemikian rupa yang membolehkan orang awam mendapat akses kepadanya dari suatu tempat dan pada masa yang masing-masingnya dipilih oleh mereka.”.

Pindaan seksyen 23a