Malaysia legislation

Section 17

of AKTA HAK CIPTA (PINDAAN) 2012

Seksyen 17

“Pemberitahuan sukarela hak cipta

Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 27a dengan seksyen yang berikut:

Quoted provision

Seksyen 27a

(2)

Suatu permohonan untuk perisytiharan hendaklah dibuat mengikut apa-apa bentuk dan pada apa-apa bahantara yang ditentukan oleh Pengawal yang hendaklah mengandungi maklumat yang berikut:

(a)

dokumen konstituen pemohon yang objektif utamanya, atau satu daripada objektif utamanya, adalah untuk merundingkan atau memberikan lesen hak cipta, sama ada sebagai pemunya hak cipta atau sebagai ejen baginya, dan yang matlamatnya termasuk juga memberikan lesen yang merangkumi karya lebih daripada seorang pencipta; dan

(b)

senarai pemunya hak cipta atau ejen mereka yang menjadi anggota pemohon.

(3)

Apabila diterima suatu permohonan, Pengawal boleh mengisytiharkan pemohon sebagai suatu badan pelesenan dan mengeluarkan perisytiharan bertulis yang bermaksud sedemikian kepada pemohon itu.

(4)

Walau apa pun subseksyen (3), Pengawal hendaklah menolak sesuatu permohonan jika maklumat yang diberikan oleh pemohon menurut subseksyen (2) adalah tidak mencukupi atau tidak memuaskan untuk menunjukkan bahawa pemohon layak dan sesuai untuk menjadi badan pelesenan.

(5)

Badan pelesenan hendaklah memberi Pengawal suatu salinan akaun untung rugi, penyata kira-kira dan laporan juruauditnya yang dibentangkan pada mesyuarat agung tahunan badan pelesenan itu tidak lewat daripada satu bulan selepas tarikh mesyuarat agung tahunan itu.

Hak Cipta (Pindaan)

(6)

Pengawal boleh membatalkan perisytiharan yang diberikan kepada sesuatu badan pelesenan jika dia berpuas hati bahawa badan pelesenan itu—

(a)

tidak berfungsi dengan memadai sebagai suatu badan pelesenan;

(b)

tidak lagi mempunyai kuasa untuk bertindak bagi pihak kesemua anggotanya;

(c)

tidak bertindak menurut peraturannya atau untuk kepentingan terbaik anggotanya, atau ejen mereka;

(d)

telah mengubah peraturannya sehingga tidak lagi mematuhi mana-mana peruntukan Akta ini;

(e)

tanpa alasan yang munasabah, telah enggan atau tidak mematuhi peruntukan Akta ini; atau

(f)

telah dibubarkan.

(7)

Badan pelesenan yang terkilan dengan keputusan

Pengawal di bawah subseksyen (6) boleh merayu kepada

Tribunal dalam tempoh satu bulan dari tarikh keputusan itu.

(8)

Mana-mana persatuan atau pertubuhan yang beroperasi sebagai suatu badan pelesenan tanpa mendapat perisytiharan di bawah subseksyen (1) atau mana-mana badan pelesenan yang tidak mematuhi peruntukan subseksyen (5) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit.”.

Seksyen baru 27aa