Malaysia legislation
Section 18
Seksyen 18
“Badan pelesenan
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 27a seksyen yang berikut:
“Skim pelesenan yang kepadanya seksyen 27b hingga 27g terpakai
27aa. (1) Seksyen 27b hingga 27g hendaklah terpakai kepada skim pelesenan yang dikendalikan oleh badan pelesenan yang
Undang-Undang Malaysia 16
Akta A1420
berhubungan dengan hak cipta dalam apa-apa karya, setakat yang ia berhubungan dengan lesen bagi—
(a)
mengeluarkan semula karya itu;
(b)
mempersembahkan, menunjukkan atau memainkan karya itu kepada awam;
(c)
menyampaikan karya itu kepada awam;
(d)
menyiarkan semula karya itu;
(e)
menyewakan secara komersial karya itu kepada awam;
atau
(f)
membuat adaptasi karya itu.
(2)
Bagi maksud seksyen 27b hingga 27g, “skim pelesenan”
ertinya mana-mana skim pelesenan yang diperihalkan dalam subseksyen (1).”.
Pindaan seksyen 27c