Malaysia legislation

Section 23

of AKTA HAK CIPTA (PINDAAN) 2012

Seksyen 23

Seksyen 30 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam subseksyen (3), dengan menggantikan perkataan

“seorang anggota Tribunal lain untuk bertindak sebagai

Pengerusi bagi maksud prosiding itu” dengan perkataan

“seorang Timbalan Pengerusi untuk bertindak sebagai pengerusi bagi maksud prosiding itu”;

(b)

dalam subseksyen (5), dengan menggantikan perkataan

“atau anggota yang mempengerusikan” dengan perkataan

“prosiding itu”;

(c)

dengan menggantikan subseksyen (7) dengan subseksyen yang berikut:

“(7)  Dalam mana-mana hal yang disebut dalam subseksyen (6) jika anggota yang tidak dapat meneruskan prosiding ialah pengerusi prosiding itu, maka Menteri hendaklah—

(a)

melantik daripada kalangan anggota yang tinggal seorang pengerusi baru bagi maksud prosiding yang diteruskan itu; dan

(b)

jika sesuai, melantik seorang Timbalan Pengerusi untuk menghadiri prosiding bagi menasihati anggota prosiding itu tentang apa-apa isu yang mungkin berbangkit semasa prosiding itu.”.

Pindaan seksyen 31