Malaysia legislation
Section 26
Seksyen 26
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 36
seksyen yang berikut:
Quoted provision
Seksyen 36a
(a)
yang digunakan oleh pemunya hak cipta itu berkaitan dengan penjalanan haknya di bawah Akta ini; dan
(b)
yang menyekat perbuatan berkenaan dengan karyanya yang tidak dibenarkan oleh pemunya yang berkenaan atau yang tidak diizinkan oleh undang-undang.
(2)
Subseksyen (1) tidak terpakai jika pemintasan langkah perlindungan teknologi itu adalah—
(a)
semata-mata bagi maksud mencapai operasi salingan suatu program komputer yang dicipta secara berasingan dengan program asal atau mana-mana program lain;
(b)
semata-mata bagi maksud mengenal pasti dan menganalisis kecacatan dan perihal mudahnya diserang teknologi penyulitan;
Undang-Undang Malaysia 20
Akta A1420
(c)
semata-mata bagi maksud menguji, menyiasat atau membetulkan keselamatan komputer, sistem komputer atau rangkaian komputer;
(d)
semata-mata bagi maksud mengenal pasti dan melumpuhkan suatu keupayaan yang tidak terzahir untuk mengumpul atau menyebarkan maklumat pengenalan peribadi mengenai aktiviti atas talian orang sebenar;
(e)
berhubungan dengan apa-apa perbuatan yang mematuhi undang-undang, semata-mata bagi maksud—
(i)
penguatkuasaan undang-undang;
(ii)
keselamatan negara; atau
(iii)
pelaksanaan suatu fungsi statutori; atau
(f)
dibuat oleh perpustakaan, arkib atau institusi pendidikan semata-mata bagi maksud membuat keputusan mengenai pemerolehan berhubungan dengan suatu karya yang dalamnya wujud hak cipta.
(3)
Tiada seorang pun boleh—
(a)
membuat untuk dijual atau disewakan;
(b)
mengimport selain untuk penggunaan persendirian dan domestik; atau
(c)
dalam perjalanan urusan—
(i)
menjual atau menyewakan;
(ii)
menawarkan atau mendedahkan untuk dijual atau disewakan;
(iii)
mengiklankan untuk dijual atau disewakan;
(iv)
memiliki; atau
(v)
mengedarkan;
(d)
mengedarkan bagi maksud selain dalam perjalanan urusan sehingga suatu takat yang menjejaskan pemunya hak cipta itu; atau
(e)
menawarkan kepada awam atau memberikan apa-apa perkhidmatan berhubungan dengan,
Hak Cipta (Pindaan)
21
apa-apa teknologi, alat atau komponen yang—
(a)
dipromosikan, diiklankan atau dipasarkan bagi maksud memintasi langkah perlindungan teknologi;
(b)
mempunyai maksud atau kegunaan komersial penting yang terhad selain untuk memintasi langkah perlindungan teknologi; atau
(b)
direka, dikeluarkan, diadaptasi atau dipersembahkan terutamanya bagi maksud untuk membolehkan atau memudahkan pemintasan langkah perlindungan teknologi.
(4)
Menteri boleh menetapkan apa-apa teknologi, alat atau komponen yang boleh dikendalikan sebagai suatu langkah perlindungan teknologi untuk dikecualikan daripada pemakaian seksyen ini.
Maklumat pengurusan hak
Quoted provision
Seksyen 36b
(a)
menanggalkan atau mengubah apa-apa maklumat pengurusan hak elektronik tanpa kebenaran; atau
(b)
mengedarkan, mengimport untuk pengedaran atau penyampaian kepada awam, tanpa kebenaran, karya atau salinan karya dengan mengetahui bahawa maklumat pengurusan hak elektronik telah ditanggalkan atau diubah tanpa kebenaran, dan dengan mengetahui atau mempunyai alasan munasabah untuk mengetahui bahawa perbuatan itu akan menyebabkan, membolehkan, memudahkan atau menyembunyikan suatu pelanggaran apa-apa hak di bawah Akta ini.
(2)
Subseksyen (1) tidak terpakai jika penanggalan atau pengubahan apa-apa maklumat pengurusan hak elektronik tanpa kebenaran adalah—
(a)
berhubungan dengan apa-apa yang dilakukan dengan sah semata-mata bagi maksud—
(i)
penguatkuasaan undang-undang;
(ii)
keselamatan negara; atau
(iii)
pelaksanaan suatu fungsi statutori; atau
Undang-Undang Malaysia 22
Akta A1420
(b)
dibuat oleh perpustakaan, arkib atau institusi pendidikan semata-mata bagi maksud membuat keputusan mengenai pemerolehan berhubungan dengan suatu karya yang dalamnya wujud hak cipta.
(3)
Bagi maksud seksyen ini dan seksyen 41, “maklumat pengurusan hak” ertinya maklumat yang mengenal pasti karya, pencipta karya, pemunya apa-apa hak dalam karya, pelaku atau terma dan syarat penggunaan karya, apa-apa nombor atau kod yang menggambarkan maklumat sedemikian, apabila mana-mana butiran ini dilekatkan kepada salinan sesuatu karya atau kelihatan berkaitan dengan penyampaian sesuatu karya kepada awam.”.
Pindaan seksyen 37