Malaysia legislation
Section 30
Seksyen 30
Pindaan seksyen 41
(a)
dalam subseksyen (1)—
(i)
dalam perenggan (d), dengan menggantikan perkataan “memiliki” dengan perkataan “ada dalam milikannya, jagaan atau kawalan”;
(ii)
dalam perenggan (h)—
(a)
dengan memasukkan selepas perkataan
“atau menyebabkan” perkataan “atau membenarkan”; dan
(b)
dengan menggantikan perkataan
“subseksyen 36(3)” dengan perkataan
“subseksyen 36a(1)”;
Undang-Undang Malaysia 26
Akta A1420
(iii)
dengan memasukkan selepas perenggan (h)
perenggan yang berikut:
“(ha) membuat, mengimport atau menjual apa-apa teknologi atau alat bagi maksud memintas langkah perlindungan teknologi yang disebut dalam subseksyen 36a(3);”;
(iv)
dalam perenggan (i), dengan memasukkan sebelum perkataan “tanpa kebenaran” perkataan “yang disebut dalam seksyen 36b”; dan
(v)
dalam perenggan (ii), dengan memasukkan selepas perkataan “perenggan (g)” perkataan “dan
(ha)”;
(b)
dalam subseksyen (3), dengan menggantikan perkataan
“karya sastera atau muzik” dengan perkataan
“karya sastera atau muzik, rakaman bunyi atau filem”;
dan
(c)
dengan menggantikan subseksyen (4) dengan subseksyen yang berikut:
“(4) Jika sesuatu kesalahan di bawah seksyen ini dilakukan oleh suatu pertubuhan perbadanan atau oleh seseorang yang menjadi pekongsi dalam suatu firma, tiap-tiap pengarah, ketua pegawai eksekutif, ketua pegawai operasi, setiausaha, pengurus atau pegawai lain pertubuhan perbadanan itu yang serupa atau tiap-tiap pekongsi lain dalam firma itu atau bermaksud untuk bertindak dalam apa-apa sifat sedemikian atau dalam apa-apa cara atau bertanggungjawab hingga apa-apa takat bagi pengurusan hal ehwal pertubuhan perbadanan atau firma itu atau membantu dalam pengurusan sedemikian, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah disifatkan sebagai melakukan kesalahan itu dan boleh dipertuduh secara berasingan atau bersesama dalam prosiding yang sama dengan pertubuhan perbadanan atau firma itu melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa persetujuan atau pembiarannya dan bahawa dia telah menjalankan segala usaha wajar untuk menghalang pelakuan kesalahan itu.”.
Hak Cipta (Pindaan)
27
Pindaan seksyen 42