Malaysia legislation

Section 35

of AKTA HAK CIPTA (PINDAAN) 2012

Seksyen 35

Seksyen baru 50b

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 50a seksyen yang berikut:

“Kuasa untuk memintas komunikasi 50b.  (1)  Walau apa pun peruntukan dalam mana-mana undang-undang bertulis lain, Pendakwa Raya, jika difikirkannya bahawa apa-apa komunikasi berkemungkinan mengandungi apa-apa maklumat yang relevan bagi maksud apa-apa penyiasatan kesalahan di bawah Akta ini atau perundangan subsidiarinya, boleh, atas permohonan Penolong Pengawal atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor, membenarkan pegawai itu untuk memintas atau mendengar apa-apa komunikasi yang dipancarkan atau diterima oleh mana-mana komunikasi.

Undang-Undang Malaysia 38

(2)

Apabila seseorang dipertuduh dengan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau perundangan subsidiarinya, apa-apa maklumat yang diperoleh oleh Penolong Pengawal atau pegawai polis di bawah subseksyen (1), sama ada sebelum atau selepas orang itu dipertuduh, hendaklah boleh diterima dalam perbicaraannya sebagai keterangan.

(3)

Kebenaran oleh Pendakwa Raya di bawah subseksyen

(1)

boleh diberikan sama ada secara lisan atau bertulis; tetapi jika kebenaran lisan diberikan, Pendakwa Raya hendaklah, dengan secepat yang dapat dilaksanakan, mengubah kebenaran itu ke dalam bentuk bertulis.

(4)

Suatu perakuan oleh Pendakwa Raya yang menyatakan bahawa tindakan yang diambil oleh Penolong Pengawal atau pegawai polis di bawah subseksyen (1) telah dibenarkan olehnya di bawah subseksyen itu ialah keterangan konklusif bahawa dia telah dibenarkan sedemikian, dan perakuan itu hendaklah boleh diterima sebagai keterangan tanpa bukti tandatangannya.

(5)

Tiada seorang pun berada di bawah apa-apa kewajipan, tanggungjawab atau tanggungan, atau dengan apa cara jua dipaksa, untuk menzahirkan dalam apa-apa prosiding tatacara, kaedah, gaya atau cara, atau apa-apa perkara yang berhubungan dengannya, apa-apa jua yang dilakukan di bawah subseksyen (1).”.

Seksyen baru 51a

Section 35 — AKTA HAK CIPTA (PINDAAN) 2012 | mylaw.my