Malaysia legislation
Section 36
Seksyen 36
Akta A1420
seksyen yang berikut:
“Keterangan agent provocateur boleh diterima 51a. (1) Walau apa pun undang-undang bertulis atau rukun undang-undang yang berlawanan, tiada agent provocateur boleh dianggap sebagai tidak boleh dipercayai hanya oleh sebab dia cuba untuk bersubahat atau telah bersubahat dalam melakukan suatu kesalahan oleh mana-mana orang di bawah
Akta ini jika cubaan untuk bersubahat atau pensubahatan itu adalah semata-mata bagi maksud mendapatkan keterangan terhadap orang itu.
(2)
Walau apa pun undang-undang bertulis atau rukun undang-undang yang berlawanan, apa-apa pernyataan, sama ada lisan atau bertulis yang dibuat kepada agent provocateur oleh mana-mana orang yang selepas itu dipertuduh dengan suatu kesalahan di bawah Akta ini boleh diterima sebagai keterangan dalam perbicaraannya.”.
Seksyen baru 52a