Malaysia legislation

Section 3

of AKTA HAK CIPTA (PINDAAN) 2012

Seksyen 3

Pindaan seksyen 3

(a)

dengan menggantikan takrif “badan pelesenan” dengan takrif yang berikut:

‘“badan pelesenan” ertinya suatu persatuan atau pertubuhan yang diisytiharkan sebagai suatu badan pelesenan di bawah seksyen 27a;’;

(b)

dalam takrif “karya sastera”, dengan memasukkan selepas perkataan “keputusan-keputusan kehakiman”

perkataan “, atau ucapan politik dan debat politik, atau ucapan yang diberikan dalam perjalanan prosiding undang-undang, dan terjemahan rasminya”;

(c)

dengan memasukkan selepas takrif “Kerajaan” takrif yang berikut:

‘“langkah perlindungan teknologi” ertinya apa-apa teknologi, alat atau komponen yang, dalam pengendalian biasanya, menghalang atau mengehad secara berkesan pelakuan apa-apa perbuatan yang mengakibatkan suatu pelanggaran hak cipta mengenai sesuatu karya;’;

(d)

dengan menggantikan takrif “pelaku” dengan takrif yang berikut:

‘“pelaku” ertinya seorang pelakon, penyanyi, pemuzik, penari atau mana-mana orang yang berlakon, menyanyi, menyampaikan, mendeklamasi, memainkan, menginterpretasi, atau selainnya membuat suatu persembahan;’; dan

(e)

dalam takrif “penetapan”, dengan memasukkan selepas perkataan “jangkamasa sementara” perkataan “dengan menggunakan suatu alat”.

Pindaan seksyen 4