Malaysia legislation
Section 9
Seksyen 9
Seksyen 13 Akta ibu dipinda—
(a)
dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan
“keseluruhan atau sebahagian besar karya itu, sama ada dalam bentuk asal atau bentuk terbitan dengan syarat bahawa, tanpa menjejaskan perenggan (e), hak eksklusif untuk mengawal pengedaran salinan-salinan hanya merujuk kepada perbuatan mengedarkan salinan-salinan yang tidak diedarkan di Malaysia sebelum ini dan tidak kepada mana-mana pengedaran kemudiannya salinan-salinan itu atau apa-apa pengimportan kemudiannya salinan-salinan itu ke dalam Malaysia.” dengan perkataan yang berikut:
“keseluruhan atau sebahagian besar karya itu, sama ada dalam bentuk asal atau bentuk terbitan dengan syarat bahawa—
(a)
hak eksklusif untuk mengawal pengedaran salinan hanya merujuk kepada perbuatan mengedarkan salinan yang tidak diedarkan di Malaysia sebelum ini dan tidak kepada mana-mana pengedaran kemudiannya salinan itu atau apa-apa pengimportan kemudiannya salinan itu ke dalam Malaysia; dan
(b)
hak eksklusif untuk mengawal penyewaan komersial berhubungan dengan filem hendaklah terpakai hanya apabila penyewaan komersial itu telah menyebabkan pembuatan salinan karya itu secara meluas sehingga mengurangkan hak eksklusif pengeluaran semula secara material.”;
(b)
dalam subseksyen (2)—
(i)
dengan menggantikan perenggan (a) dengan perenggan yang berikut:
“(a) perlakuan mana-mana perbuatan yang tersebut dalam subseksyen (1) secara urusan yang wajar termasuk bagi maksud
Hak Cipta (Pindaan)
7
penyelidikan, pengajian persendirian, kritikan, ulasan atau pelaporan berita atau peristiwa semasa:
Dengan syarat bahawa ia disertai dengan suatu perakuan tajuk karya itu dan penciptaannya, kecuali jika karya itu berkaitan dengan pelaporan berita atau peristiwa semasa dengan cara suatu rakaman bunyi, filem atau siaran, maka perakuan tidak diperlukan;”;
(ii)
dalam perenggan (g), dengan menggantikan perkataan
“rakaman” dengan perkataan “pengeluaran semula”;
(iii)
dengan menggantikan perenggan (gggg) dengan perenggan yang berikut:
“(gggg) perbuatan dan pengeluaran salinan bagi apa-apa karya ke dalam suatu format untuk memenuhi keperluan khas orang yang kurang penglihatan atau kurang pendengaran dan pengeluaran salinan itu kepada orang awam oleh badan atau institusi yang tidak mencari keuntungan dan atas terma yang ditetapkan oleh Menteri;”;
(iv)
dalam perenggan (j), dengan memotong perkataan
“yang dimiliki penuh oleh Kerajaan”;
(v)
dalam perenggan (o), dengan memotong perkataan
“dan” di hujung perenggan itu;
(vi)
dalam perenggan (p), dengan menggantikan tanda noktah di hujung perenggan itu dengan perkataan
“; dan”; dan
(vii)
dengan memasukkan selepas perenggan (p)
perenggan yang berikut:
“(q) pembuatan suatu salinan elektronik fana dan sampingan suatu karya yang telah dijadikan tersedia di suatu rangkaian jika pembuatan salinan itu diperlukan untuk menonton, mendengar atau menggunakan karya tersebut.”; dan
Undang-Undang Malaysia 8
Akta A1420
(c)
dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:
“(2a) Bagi maksud perenggan (2)(a), dalam menentukan sama ada sesuatu urusan itu merupakan suatu urusan yang wajar, faktor yang diambil kira hendaklah termasuk—
(a)
maksud dan sifat urusan itu, termasuk sama ada urusan itu bersifat komersial atau bagi maksud pendidikan yang bukan mencari keuntungan;
(b)
sifat karya yang mendapat hak cipta itu;
(c)
amaun dan banyaknya bahagian yang digunakan berhubungan dengan karya yang mendapat hak cipta itu secara keseluruhan; dan
(d)
kesan daripada urusan itu terhadap potensi pasaran bagi atau nilai karya yang mendapat hak cipta itu.”.
Pindaan seksyen 13b