Malaysia legislation

Section 14

of AKTA HAKMILIK STRATA (PINDAAN) 2016

Seksyen 14

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 17a seksyen yang berikut:

“Pemunyaan harta bersama dan penjagaan dokumen hakmilik keluaran 17b.  (1)  Perbadanan pengurusan hendaklah menjadi pemilik harta bersama dan penjaga dokumen hakmilik keluaran bagi lot itu.

(2)

Tertakluk kepada subseksyen (3), perbadanan pengurusan hendaklah, berhubung dengan harta bersama, mempunyai kuasa yang diberikan oleh Kanun Tanah Negara kepada seorang pemilik berhubung dengan tanahnya.

(3)

Perbadanan pengurusan itu—

(a)

hendaklah menjalankan semua kuasa yang disebut dalam subseksyen (2) hanya atas kebenaran suatu ketetapan sebulat suara (kecuali jika diperuntukkan dengan khusus selainnya dalam Akta ini); dan

(b)

tidaklah mempunyai kuasa untuk memindahkan, menggadaikan atau lien mana-mana bahagian harta bersama yang merupakan sebahagian daripada bangunan itu atau sebahagian daripada tanah yang di atasnya terdiri bangunan itu.

(4)

Jika sesuatu surat cara disempurnakan oleh perbadanan pengurusan dalam menjalankan kuasanya di bawah subseksyen (2), surat cara itu hendaklah disertakan dengan dokumen di bawah meterai perbadanan pengurusan yang menyatakan bahawa—

(a)

ketetapan yang mengarahkan transaksi yang dimaksudkan dengan surat cara itu telah diluluskan;

dan

(b)

transaksi itu menepati terma ketetapan itu.

(5)

Surat cara yang disempurnakan di bawah subseksyen (4)

hendaklah, bagi faedah Pendaftar atau suatu pihak kepada transaksi itu selain perbadanan pengurusan, menjadi keterangan muktamad mengenai fakta yang diperakui.”.

Undang-Undang Malaysia 10

Akta A1518

Pemotongan seksyen 19a

Section 14 — AKTA HAKMILIK STRATA (PINDAAN) 2016 | mylaw.my