Malaysia legislation
Section 23o
Seksyen 23o
(2)
Pihak Berkuasa Negeri boleh atas budi bicara mutlaknya menolak atau membenarkan apa-apa petisyen di bawah seksyen ini, dan jika Pihak Berkuasa Negeri membenarkan petisyen itu, boleh berbuat demikian dengan syarat bayaran telah dibuat oleh pempetisyen—
(a)
jika pelucuthakan itu melibatkan cukai yang tidak dibayar—
(i)
semua jumlah tertunggak yang dikehendaki dibayar oleh notis tuntutan yang disampaikan di bawah seksyen 23e Akta ini;
(ii)
suatu penalti, tidak melebihi enam kali jumlah wang yang dia dikehendaki membayar di bawah subperenggan (i), sebagaimana yang Pihak
Berkuasa Negeri fikirkan patut dikenakan; dan
(iii)
suatu jumlah wang lain yang dibayar oleh penerima pindahan apabila berkuatkuasanya pelucuthakan menurut subseksyen 23l(3);
(b)
jika pelucuthakan melibatkan suatu pelanggaran syarat, Pihak Berkuasa Negeri boleh menentukan suatu amaun berkenaan dengan perbelanjaan yang disebabkan oleh daripada pelucuthakan itu; dan
(c)
semua jumlah yang disebut dalam perenggan (a) atau
(b)
hendaklah dibayar dalam tempoh satu bulan bermula dari tarikh ia dimaklumkan.
(3)
Apabila pempetisyen gagal untuk menyelesaikan jumlah yang dikehendaki dibayar di bawah perenggan (2)(c), kebenaran petisyen bagi pembatalan pelucuthakan itu hendaklah terbatal dan tidak sah.
Undang-Undang Malaysia 22
Akta A1518
(4)
Selepas pembayaran semua jumlah wang yang dinyatakan dalam perenggan (2)(c) dibuat, Pendaftar hendaklah membuat suatu memorial bagi menguatkuasakan peletakhakan petak atau blok sementara kepada pempetisyen pada dokumen-dokumen hakmilik daftar dan keluaran.
Rayuan terhadap pelucuthakan 23p. (1) Kesahan mana-mana pelucuthakan di bawah Bahagian ini tidaklah boleh dipersoal dalam mana-mana mahkamah kecuali dengan cara, atau dalam prosiding terkemudian, suatu rayuan di bawah seksyen 418 Kanun Tanah Negara terhadap perintah Pentadbir Tanah di bawah seksyen 23h Akta ini atau seksyen 129 Kanun Tanah Negara, dan walau apa pun dalam mana-mana undang-undang bertulis lain, tiada apa-apa rayuan hendaklah dimulakan selepas tamat tempoh tiga bulan yang dibenarkan di bawah seksyen 418 Kanun Tanah Negara.
(2)
Tiada apa jua perintah oleh Pentadbir Tanah di bawah seksyen 23h Akta ini atau seksyen 129 Kanun Tanah Negara hendaklah diketepikan oleh mana-mana mahkamah kecuali atas alasan ia dibuat berlawanan dengan peruntukan Bahagian ini, atau adanya kegagalan pada pihak Pentadbir Tanah untuk mematuhi kehendak mana-mana peruntukan sedemikian, dan tiada perintah sedemikian hendaklah diketepikan hanya oleh sebab apa-apa ketidakaturan dalam bentuk atau penyampaian mana-mana notis di bawah Bahagian IVa dan Bahagian ini melainkan jika, pada pendapat mahkamah, ketidakaturan itu adalah suatu sifat yang penting.
(3)
Dalam apa-apa rayuan atau prosiding lain seperti yang disebut dalam subseksyen (1), ia hendaklah dianggap sehingga dibuktikan sebaliknya bahawa semua notis yang dikehendaki disampaikan di bawah Bahagian IVa dan Bahagian ini telah disampaikan dengan sempurna dan menurut peraturan.
(4)
Peruntukan subseksyen (1) tidaklah menyentuh hak mana-mana orang atau badan untuk mengambil suatu tindakan bagi ganti rugi terhadap Pihak Berkuasa Negeri, atau (tertakluk kepada seksyen 22 Kanun Tanah Negara), terhadap mana-mana pegawai yang dilantik oleh Pihak Berkuasa Negeri, berkenaan dengan apa-apa perbuatan atau perkara yang dilakukan dengan salahnya, atau diperintah supaya dilakukan atau ditinggalkan
Hakmilik Strata (Pindaan)
23
daripada dilakukan, berkaitan dengan apa-apa pelucuthakan di bawah Bahagian ini.”.
Pindaan tajuk Bahagian V