Malaysia legislation

Section 27

of AKTA HAKMILIK STRATA (PINDAAN) 2016

Seksyen 27

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas Bahagian VIII bahagian yang berikut:

“Bahagian VIIIa

KESAN PENGAMBILAN BANGUNAN ATAU TANAH

YANG DIPECAH BAHAGI

Tatacara mengambil milik formal mana-mana bangunan atau tanah yang dipecah bahagi 57a.  (1)  Apabila mengambil milik secara formal keseluruhan atau sebahagian bangunan atau tanah yang dipecah bahagi di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960 [Akta 486], Jadual

Ketujuh hendaklah terpakai setakat yang berkaitan dengan tatacara bagi ubah suaian daftar strata yang berkaitan, hal ehwal perbadanan pengurusan dan maksud-maksud lain yang berkaitan dengannya.

(2)

Lain-lain peruntukan Akta ini yang berkaitan dengan bentuk dokumen hakmilik strata, tatacara bagi penyediaan dan pendaftaran apa-apa dokumen hakmilik strata, hendaklah dibaca dengan ubah suaian, pindaan, penambahan, pemotongan, penggantian atau penyesuaian sebagaimana yang diperuntukkan dalam Jadual Ketujuh.

(3)

Menteri boleh, dengan kelulusan Majlis Tanah Negara, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, membuat apa-apa pindaan kepada Jadual Ketujuh.”.

Hakmilik Strata (Pindaan)

27

Pindaan seksyen 81

Section 27 — AKTA HAKMILIK STRATA (PINDAAN) 2016 | mylaw.my