Malaysia legislation

Section 30

of AKTA HAKMILIK STRATA (PINDAAN) 2016

Seksyen 30

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas Jadual Keenam jadual yang berikut:

“Jadual Ketujuh

[Seksyen 57a]

KESAN PENGAMBILAN BANGUNAN ATAU TANAH YANG

DIPECAH BAHAGI

Quoted provision

Seksyen 1

Dalam Jadual ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“bekas pemilik” ertinya seseorang atau suatu badan yang, sebaik sebelum mengambil milik secara formal keseluruhan atau sebahagian bangunan atau tanah yang dipecah bahagi, ialah pemilik petak dalam bangunan atau tanah atau blok sementara di atas tanah terletaknya bangunan itu;

“Kanun” ertinya Kanun Tanah Negara 1965 [Akta 56/1965].

Quoted provision

Seksyen 2

Pengambilan keseluruhan lot dengan bangunan atau tanah yang dipecah bahagi

Dalam hal jika keseluruhan lot dengan bangunan atau tanah yang dipecah bahagi diambil di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960—

(a)

perbadanan pengurusan hendaklah mencairkan apa-apa aset dan membahagikan apa-apa keuntungan kepada bekas pemilik berkadaran berdasarkan unit syer atau unit syer sementara yang dipegang oleh bekas pemilik itu sebaik sebelum diambil milik secara formal;

(b)

perbadanan pengurusan hendaklah menentukan tempoh masa yang munasabah bagi perbadanan pengurusan terus wujud untuk menyelesaikan hal ehwalnya;

Hakmilik Strata (Pindaan)

(c)

perbadanan pengurusan hendaklah terus wujud untuk seberapa lama yang munasabah untuk menyelesaikan hal ehwalnya dan hendaklah kemudian terhenti kewujudannya;

(d)

perbadanan pengurusan hendaklah memaklumkan Pendaftar tarikh yang perbadanan pengurusan itu hendaklah terhenti kewujudannya;

dan

(e)

Pendaftar hendaklah membatalkan buku daftar strata yang berkaitan.

Pengambilan sebahagian lot dengan bangunan atau tanah yang dipecah bahagi

Quoted provision

Seksyen 3

Dalam hal jika sebahagian lot (termasuk bangunan atau tanah yang dipecah bahagi) diambil di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960—

(a)

dokumen hakmilik strata yang masih wujud berkaitan dengan petak atau blok sementara yang tidak diambil hendaklah dikekalkan dan terus berkuat kuasa;

(b)

Pendaftar hendaklah mengendorskan hakmilik sambungan lot itu dan lain-lain kemasukan yang berkaitan dalam daftar strata yang berkaitan;

(c)

suatu pelan strata baharu yang diperakui hendaklah disediakan bagi petak atau blok sementara yang tidak diambil dan hendaklah dimasukkan dalam daftar strata yang berkaitan; dan

(d)

Pengarah hendaklah meluluskan unit syer baharu yang dicadangkan, jika ada, yang diuntukkan kepada petak atau blok sementara yang tidak diambil, jika saksama, dan Pendaftar hendaklah mengendorskan unit syer baharu yang diluluskan dalam daftar strata yang berkaitan.

Pengambilan harta bersama

Quoted provision

Seksyen 4

Dalam hal jika sebahagian lot yang melibatkan hanya harta bersama diambil di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960 dan terhenti daripada menjadi sebahagian lot itu—

(a)

dokumen hakmilik strata yang masih wujud berkaitan dengan petak atau blok sementara yang tidak diambil, hendaklah dikekalkan dan terus berkuat kuasa;

(b)

Pendaftar hendaklah mengendorskan hakmilik sambungan lot itu dan lain-lain kemasukan yang berkaitan di dalam daftar strata yang berkaitan; dan

Undang-Undang Malaysia 30

Akta A1518

(c)

Pengarah Ukur hendaklah mengendorskan atas pelan strata yang diperakui sedia ada—

(i)

hakmilik sambungan lot itu;

(ii)

nombor baharu pelan lot itu yang diperakui; dan

(iii)

keluasan baharu lot itu;

dan apabila menerima pelan strata yang diperakui sedia ada daripada

Pengarah Ukur, Pendaftar hendaklah memasukkan pelan itu dalam daftar strata yang berkaitan.

Pengambilan petak atau blok sementara

Quoted provision

Seksyen 5

(a)

dokumen hakmilik strata yang terlibat hendaklah terletak hak pada pihak berkuasa berkanun, orang atau perbadanan yang bagi pihaknya petak atau blok sementara itu diambil; dan

(b)

Pendaftar hendaklah mengendorskan lain-lain kemasukan yang berkaitan dalam daftar strata yang berkaitan.

(2)

Dalam hal jika sebahagian daripada petak diambil di bawah Akta

Pengambilan Tanah 1960, peruntukan Bahagian V Akta ini hendaklah terpakai dengan ubah suaian.”.

Peralihan