Malaysia legislation
Section 9
Seksyen 9
Subseksyen 9(1) Akta ibu dipinda—
(a)
dengan menggantikan perkataan “bangunan, bangunan dan tanah, di bawah subseksyen 6(1) dan pecah bahagi tanah di bawah subseksyen 6(1a)” dengan perkataan
“bangunan atau tanah”; dan
(b)
dengan menggantikan perenggan (h) dengan perenggan yang berikut:
“(h) suatu salinan yang diperakui sah perakuan siap dan pematuhan atau sijil layak menduduki, mengikut mana-mana yang berkenaan, kecuali—
(i)
dalam hal di bawah perenggan 8(2)(a);
(ii)
apabila bangunan diklasifikasikan sebagai bangunan khas dan salinan yang diperakui sah perakuan siap dan pematuhan atau sijil layak menduduki itu tidak boleh didapati;
atau
(iii)
dalam mana-mana hal keadaan lain apabila
Pentadbir Tanah berpuas hati bahawa salinan yang diperakui sah perakuan siap dan pematuhan atau sijil layak menduduki itu boleh dikecualikan; dan”.
Pindaan seksyen 9a