Malaysia legislation
Section 12
Seksyen 12
Seseorang pemohon yang permohonannya supaya dia diberi suatu lesen hiburan atau suatu lesen untuk membuka tempat hiburan di bawah Akta ini ditolak, atau pemegang suatu lesen yang telah dibatalkan, atau mana-mana orang yang terkilan dengan pengenaan apa-apa syarat atau sekatan yang berdasarkannya atau yang tertakluk kepadanya sesuatu lesen diberikan atau mana-mana orang yang terkilan dengan pelucuthakan jaminan di bawah seksyen 10, boleh, dalam masa tiga puluh hari selepas diberitahu secara bertulis tentang penolakan itu, atau pembatalan itu, atau pengenaan syarat atau sekatan atau pelucuthakan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, merayu terhadap keputusan itu kepada Menteri, yang hendaklah mengesahkan atau mengetepikan keputusan itu dan keputusan Menteri itu adalah muktamad dan tidak boleh dipersoalkan di mana-mana mahkamah.
Akta Hiburan (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 13
Larangan menjual, dsb., tiket bagi sesuatu hiburan dan mengiklankan atau menyerantakannya sebelum mendapat lesen