Malaysia legislation
Section 20
Seksyen 20
Dato Bandar, mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor, atau mana-mana orang diberi kuasa yang menjalankan kuasa masuk dan menyiasat di bawah seksyen 16 boleh, jika dia mempunyai alasan baik bagi mempercayai bahawa oleh sebab apa-apa kelenggahan untuk mendapatkan waran geledah tujuan penggeledahan itu mungkin akan terkecewa, dengan atau tanpa bantuan memasuki mana-mana tempat hiburan jika dia ada alasan munasabah bagi mempercayai bahawa suatu kesalahan di bawah
Akta ini atau mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya telah dilakukan dan dia boleh menggeledah mana-mana tempat dan memeriksa mana-mana orang yang semunasabahnya dipercayai olehnya ada kaitan dalam pengurusan atau penganjuran apa-apa hiburan atau ialah seorang pekhidmat atau ejen penganjur itu atau pemunya tempat itu:
Dengan syarat bahawa tiada perempuan boleh diperiksa kecuali oleh seorang perempuan.