Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
*CATATAN—Pemakaian ke Wilayah Persekutuan Labuan melalui pengubahsuaian — lihat P.U. (A) 395/2010
yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2011.
6 Undang-Undang Malaysia AKTA 493
“hiburan” termasuklah—
(a)
lakon, opera, pantomim, lakonan aneka ragam, persembahan muzik, nyanyian, tarian, gimnastik, pertunjukan seni mempertahankan diri, akrobat dan silap mata, pertandingan ratu cantik, tablo, pertunjukan, peragaan dan perarakan, yang didalamnya orang hidup mengambil bahagian:
(b)
pertunjukan bunga api, alatan set, perhiasan peringatan dan rupaan makhluk benar atau khayalan;
(c)
sarkas dan pameran binatang;
(d)
pameran model, bahan bacaan, gambar, fotograf atau rupaan patung atau rupaan lain bentuk manusia atau binatang;
(e)
pameran filem sinematograf, wayang gambar video dan pertunjukan boneka;
(f)
reproduksi atau siaran, dengan apa-apa cara jua pun selain telefoni atau telefoni radio, bagi apa-apa muzik, lagu atau ucapan, selain yang berkaitan dengan sesuatu filem sinematograf;
(g)
mesin dan peranti yang, jika dimanipulasi, memberikan peluang untuk memenangi hadiah dalam bentuk wang atau barang;
(h)
permainan meja pinbal dan video;
(i)
apa-apa jenis pertandingan sukan seberapa banyak orang atau binatang;
(j)
pertandingan terancang bagi permainan kemahiran atau nasib;
(k)
pesta perdagangan yang terdiri daripada pameran, iklan atau jualan hasil industri atau bahan-bahan;
Akta Hiburan (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 7
(l)
apa-apa kombinasi bagi mana-mana bentuk hiburan yang tersebut di atas; atau
(m)
apa-apa hiburan lain yang diisytiharkan oleh Menteri dari semasa ke semasa melalui perintah dalam Warta, di mana-mana tempat yang orang ramai dibenarkan masuk dengan atau tanpa bayaran wang atau balasan lain;
“mahkamah” ertinya mahkamah Majistret Kelas Pertama;
“meja pinbal” ertinya apa-apa meja, papan atau alatan lain, yang dikendalikan dengan syiling atau cakera, yang direka bentuk untuk membolehkan pengendalinya bermain suatu permainan, yang kejayaannya diukur dengan pendorongan satu atau lebih daripada satu objek bergerak ke arah sasaran atau matlamat atau dengan pemerolehan suatu bilangan mata atau dengan kedua-duanya:
“Menteri” ertinya Menteri yang bertanggungjawab bagi kerajaan tempatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur;
“orang diberi kuasa” ertinya mana-mana orang yang khas diberi kuasa oleh Dato Bandar secara bertulis bagi maksud itu;
“Dato Bandar” ertinya Dato Bandar Kuala Lumpur yang dilantik di bawah seksyen 4 Akta Ibu Kota Persekutuan 1960 [Akta 190];
“tempat hiburan” ertinya mana-mana tempat yang di atasnya ada apa-apa binaan atau struktur, apa-apa premis atau bangunan sama ada sementara atau kekal atau apa-apa perahu di air atau mana-mana tempat lain yang di dalamnya atau di situ sesuatu hiburan diadakan dan yang ke situ orang ramai dibenarkan masuk dengan atau tanpa bayaran, dan termasuklah sesuatu taman hiburan.
Kuasa Menteri untuk mengeluarkan arahan