Malaysia legislation
Section 30
Seksyen 30
Kuasa untuk membuat kaedah-kaedah
Menteri boleh membuat kaedah-kaedah untuk menetapkan apa-apa jua yang dikehendaki oleh Akta ini supaya ditetapkan dan bagi melaksanakan peruntukan-peruntukan Akta ini dengan lebih baik dan, tanpa menjejaskan keluasan makna seksyen ini, kaedah-kaedah itu boleh—
(a)
menetapkan apa-apa fi yang perlu bagi maksud Akta ini;
(b)
menetapkan borang bagi permohonan lesen dan lesen yang akan dikeluarkan di bawah Akta ini;
(c)
menetapkan jenis kesalahan yang boleh dikompaunkan dan tatacara bagi mengkompaun kesalahan itu;
(d)
menetapkan hiburan atau kelas hiburan atau tempat hiburan atau kelas tempat hiburan yang dikecualikan daripada mana-mana peruntukan Akta ini; dan
(e)
mengadakan peruntukan bagi pengawalan dan pemeriksaan tempat hiburan.
Pemansuhan dan kecualian