Malaysia legislation
Section 17
Seksyen 17
Jika suatu sampel intim atau sampel bukan intim telah diambil mengikut Akta ini daripada seseorang yang semunasabahnya disyaki telah melakukan suatu kesalahan dan—
(a)
penyiasatan mendedahkan bahawa dia tidak terlibat dalam perlakuan apa-apa kesalahan;
(b)
pertuduhan terhadapnya berkenaan dengan apa-apa kesalahan telah ditarik balik;
(c)
dia dilepaskan oleh mahkamah daripada suatu kesalahan yang dia telah dipertuduhkan, semasa perbicaraan atau atas rayuan;
(d)
dia dibebaskan daripada suatu kesalahan yang dia telah dipertuduhkan, semasa perbicaraan atau atas rayuan; atau
Identifikasi Asid Deoksiribonukleik (DNA)
(e)
dia tidak dipertuduhkan di mana-mana mahkamah atas apa-apa kesalahan dalam tempoh satu tahun dari tarikh pengambilan sampel daripadanya,
Ketua Bank Data DNA hendaklah, dalam tempoh enam bulan selepas diberitahu oleh Ketua Polis Daerah fakta yang dirujuk dalam perenggan (a), (b), (c), (d) atau (e), menghapuskan profil
DNA dan apa-apa maklumat berhubung dengannya mengenai orang itu daripada Bank Data DNA.