Malaysia legislation

Section 21

of *AKTA IDENTIFIKASI ASID DEOKSIRIBONUKLEIK (DNA) 2009

Seksyen 21

(2)

Bagi maksud seksyen ini, mengganggu apa-apa profil DNA atau apa-apa maklumat berhubung dengannya termasuklah yang berikut:

(a)

profil DNA atau apa-apa maklumat berhubung dengannya itu diubah atau dipadamkan;

(b)

apa-apa profil DNA yang baharu atau apa-apa maklumat berhubung dengannya dimasukkan atau ditambahkan kepada profil DNA atau apa-apa maklumat berhubung dengannya itu; atau

(c)

apa-apa kejadian berlaku yang mengurangkan keupayaan

Ketua Bank Data DNA, Timbalan Ketua Bank Data DNA atau pegawai Bank Data DNA untuk mendapat akses kepada profil DNA atau apa-apa maklumat berhubung dengannya.

(3)

Mana-mana orang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau kedua-duanya.

(4)

Mana-mana orang yang bersubahat dalam pelakuan atau yang cuba melakukan kesalahan di bawah seksyen ini adalah bersalah atas kesalahan itu dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan itu:

Dengan syarat bahawa apa-apa tempoh pemenjaraan yang dikenakan tidak boleh melebihi setengah daripada tempoh maksimum yang diperuntukkan bagi kesalahan itu.

Section 21 — AKTA IDENTIFIKASI ASID DEOKSIRIBONUKLEIK (DNA) 2009