Malaysia legislation
Section 24
Seksyen 24
(2)
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan boleh dibuat—
(a)
untuk menetapkan tatacara pengambilan dan pelupusan sampel intim dan sampel bukan intim;
(b)
untuk menetapkan apa-apa borang bagi maksud Akta ini;
(c)
untuk mengawal selia pengurusan, pentadbiran dan kawalan
Bank Data DNA; dan
(d)
untuk mengadakan peruntukan bagi apa-apa perkara yang dikehendaki atau dibenarkan untuk ditetapkan di bawah Akta ini atau yang perlu atau suai manfaat untuk ditetapkan.
(3)
Apa-apa peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini hendaklah dibentangkan di dalam Dewan Rakyat dengan seberapa segera yang mungkin selepas ia dibuat dan jika Dewan Rakyat tidak bersidang, pada persidangan dalam mesyuarat Dewan Rakyat yang berikutnya.
Kecualian dan peralihan