Malaysia legislation
Section 16
Seksyen 16
Seksyen 33c sebagaimana yang dipinda oleh seksyen 9
Akta ini hendaklah juga terpakai bagi orang yang telah dihukum bankrap sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini tertakluk kepada yang berikut:
(a)
orang yang dihukum bankrap yang telah memfailkan penyata hal ehwal hendaklah dilepaskan secara automatik daripada kebankrapan—
(i)
jika orang yang dihukum bankrap itu telah membayar jumlah wang yang ditentukan oleh Ketua Pengarah
Insolvensi, bagi maksud pentadbiran estetnya, dengan mengambil kira kemampuan kewangannya;
dan
(ii)
jika orang yang dihukum bankrap telah mematuhi kehendak untuk memberikan suatu penyata wang dan harta kepada Ketua Pengarah Insolvensi di bawah perenggan 38(1)(b) Akta ibu;
(b)
orang yang dihukum bankrap hendaklah digantung daripada pelepasan automatik bagi tempoh tidak melebihi dua tahun jika orang yang dihukum bankrap itu tidak mematuhi kewajipan dan obligasinya di bawah Akta ibu;
(c)
bagi maksud pelepasan automatik, Ketua Pengarah Insolvensi hendaklah menyampaikan notis pelepasan automatik kepada setiap pemiutang yang telah memfailkan bukti hutang dalam tempoh dua belas bulan selepas permulaan kuat kuasa Akta ini; dan
(d)
bagi maksud penggantungan pelepasan automatik,
Ketua Pengarah Insolvensi hendaklah menyampaikan notis penggantungan pelepasan automatik kepada orang yang dihukum bankrap dan kepada setiap pemiutang yang telah memfailkan bukti hutang dalam tempoh dua belas bulan selepas permulaan kuat kuasa Akta ini.
Insolvensi (Pindaan)
13
Kecualian