Malaysia legislation
Section 23
Seksyen 23
(2)
Jika seseorang wakil asing membuat apa-apa permohonan di bawah subseksyen (1), peruntukan Akta Syarikat 2016 dan
Akta Syarikat Labuan 1990 sebagaimana yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah terpakai—
(a)
tidak kira sama ada penghutang sedang digulungkan, diletakkan di bawah pengurusan kehakiman, atau sedang menjalani suatu skim kompromi atau perkiraan di bawah Akta Syarikat 2016 atau Akta Syarikat Labuan 1990, mengikut mana-mana yang berkenaan; dan
(b)
tertakluk kepada pengubahsuaian yang dinyatakan dalam subseksyen (3).
(3)
Bagi maksud seksyen ini, pengubahsuaian yang terpakai adalah seperti yang berikut:
(a)
bagi maksud seksyen 366 Akta Syarikat 2016, tarikh yang bersamaan dengan permulaan suatu skim kompromi atau perkiraan hendaklah menjadi tarikh pembukaan prosiding asing yang berkaitan;
(b)
bagi maksud seksyen 426 Akta Syarikat 2016, tarikh yang bersamaan dengan penyerahan suatu permohonan bagi pengurusan kehakiman hendaklah menjadi tarikh pembukaan prosiding asing yang berkaitan;
(c)
bagi maksud seksyen 472 Akta Syarikat 2016, tarikh yang bersamaan dengan penyerahan suatu petisyen penggulungan hendaklah menjadi tarikh pembukaan prosiding asing yang berkaitan;
(d)
bagi maksud seksyen 528, 529, 530, 531, 540 dan 541
Akta Syarikat 2016, tarikh yang bersamaan dengan penyerahan suatu petisyen penggulungan dalam hal penggulungan oleh Mahkamah atau kelulusan ketetapan dalam hal penggulungan sukarela, hendaklah menjadi tarikh pembukaan prosiding asing yang berkaitan; dan
(e)
bagi maksud seksyen 20 Akta Syarikat Labuan 1990, tarikh yang bersamaan dengan tarikh transaksi ultra vires dimohon untuk ditahan hendaklah menjadi tarikh pembukaan prosiding asing yang berkaitan.
Undang-Undang Malaysia 26
Akta 877
(4)
Bagi maksud subseksyen (3), tarikh pembukaan prosiding asing yang berkaitan hendaklah ditentukan mengikut undang-undang Negara asing yang prosiding asing itu berjalan, termasuk apa-apa rukun undang-undang yang di bawahnya prosiding asing itu disifatkan telah dibuka pada suatu tarikh yang lebih awal.
(5)
Jika prosiding asing itu merupakan prosiding bukan utama asing, Mahkamah hendaklah berpuas hati bahawa permohonan di bawah seksyen ini berkaitan dengan harta yang, di bawah undang-undang Malaysia, patut ditadbir dalam prosiding bukan utama asing itu.
(6)
Jika, pada masa permohonan difailkan, prosiding berkenaan dengan penghutang masih belum selesai di bawah undang-undang insolvensi Malaysia, wakil asing tidak boleh membuat suatu permohonan di bawah seksyen ini tanpa kebenaran Mahkamah.
(7)
Apabila memberikan suatu perintah berhubung dengan permohonan di bawah seksyen ini, Mahkamah boleh memberikan apa-apa arahan mengenai pengagihan apa-apa hasil daripada tuntutan oleh wakil asing, sebagaimana yang difikirkannya patut, bagi memastikan bahawa kepentingan pemiutang di Malaysia dilindungi dengan secukupnya.
(8)
Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menjejaskan hak pemegang jawatan insolvensi Malaysia untuk membuat apa-apa permohonan di bawah, atau berkaitan dengan, mana-mana peruntukan yang dinyatakan dalam subseksyen (1).
(9)
Subseksyen (1) tidak terpakai berkenaan dengan apa-apa keutamaan yang diberikan, gadaian terapung yang diwujudkan, pemberimilikan, penyerahhakan yang dibuat, atau transaksi lain yang dibuat sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini.
Pencelahan oleh wakil asing dalam prosiding di Malaysia