Malaysia legislation
Section 32
Seksyen 32
Kaedah bayaran dalam prosiding serentak
Tanpa menjejaskan tuntutan jaminan atau hak in rem, seseorang pemiutang yang telah menerima sebahagian bayaran berkenaan dengan tuntutannya dalam mana-mana prosiding di bawah undang-undang yang berhubungan dengan insolvensi di suatu Negara asing tidak boleh menerima bayaran bagi tuntutan yang sama dalam prosiding di bawah undang-undang insolvensi
Malaysia mengenai penghutang yang sama, selagi bayaran kepada pemiutang lain bagi kelas yang sama adalah secara berkadar lebih rendah daripada bayaran yang pemiutang itu telah terima.