Malaysia legislation
Section 15
Seksyen 15
Kelulusan bagi pertukaran atau perubahan berkenaan dengan syarikat
(a)
namanya;
(b)
modal terbitan dan berbayarnya;
26 Undang-Undang Malaysia AKTA 555
(c)
amaun dana permulaannya;
(d)
penyertaan ekuitinya;
(e)
keanggotaan lembaga pengarahnya; dan
(f)
memorandum persatuan dan perkara-perkara persatuannya.
(2)
Permohonan bagi mendapatkan kelulusan di bawah subseksyen (1)
hendaklah dibuat kepada Ketua Pendaftar—
(a)
dalam borang yang ditetapkan dan mengikut cara yang ditetapkan; dan
(b)
disertai fi yang ditetapkan.
(3)
Pada bila-bila masa selepas menerima permohonan itu dan sebelum ia ditentukan, Ketua Pendaftar boleh melalui notis bertulis menghendaki syarikat itu untuk memberikan maklumat, butir-butir atau dokumen tambahan.
(4)
Jika apa-apa maklumat, butir-butir atau dokumen tambahan yang dikehendaki di bawah subseksyen (3) tidak diberikan dalam masa yang ditetapkan dalam kehendak itu atau apa-apa lanjutan masa, permohonan itu—
(a)
hendaklah disifatkan telah ditarik balik; dan
(b)
tidak boleh diteruskan, tanpa menjejaskan hak syarikat untuk membuat permohonan baharu.
(5)
Ketua Pendaftar hendaklah, apabila permohonan dibuat dengan sewajarnya di bawah seksyen ini dan selepas diberikan kesemua maklumat, butir-butir dan dokumen yang dikehendakinya di bawah subseksyen (3)—
Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 27
(a)
meluluskan permohonan itu dengan atau tanpa apa-apa ubah suaian, pindaan atau syarat; atau
(b)
menolak permohonan itu tanpa memberikan apa-apa sebab bagi penolakan itu.
(6)
Jika Ketua Pendaftar menolak permohonan itu, Ketua Pendaftar hendaklah memberitahu syarikat tentang penolakan itu secara bertulis.
(7)
Mana-mana orang yang melanggar peruntukan seksyen ini melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini.
Pemberitahuan pertukaran alamat