Malaysia legislation
Section 19
Seksyen 19
(a)
untuk menjual, melupuskan atau membangunkan semula;
atau
(b)
untuk mengambil apa-apa tindakan yang akan menjejaskan secara yang material, perniagaannya berhubungan dengan pendidikan sama ada melalui penyatuan atau selainnya, melainkan jika diluluskan oleh Menteri.
(2)
Permohonan untuk mendapatkan kelulusan di bawah seksyen ini hendaklah dibuat kepada Ketua Pendaftar—
30 Undang-Undang Malaysia AKTA 555
(a)
dalam borang yang ditetapkan dan mengikut cara yang ditetapkan;
(b)
disertai fi yang ditetapkan; dan
(c)
dengan mengemukakan bersekali dengan permohonan itu—
(i)
salinan perjanjian atau perkiraan yang dicadangkan;
dan
(ii)
semua maklumat, butir-butir dan dokumen lain yang berkaitan dengan secara langsung dan tidak langsung dengan perjanjian atau perkiraan itu atau yang relevan bagi pertimbangannya.
(3)
Pada bila-bila masa selepas menerima permohonan dan sebelum ia ditentukan oleh Menteri, Ketua Pendaftar boleh dengan notis bertulis menghendaki maklumat, butir-butir atau dokumen tambahan.
(4)
Jika apa-apa maklumat, butir-butir atau dokumen tambahan yang dikehendaki di bawah subseksyen (3) tidak diberikan dalam masa yang ditetapkan dalam kehendak itu atau apa-apa lanjutan masa, permohonan itu—
(a)
hendaklah disifatkan telah ditarik balik; dan
(b)
tidak boleh diteruskan, tanpa menjejaskan pemohon untuk membuat permohonan baru.
(5)
Ketua Pendaftar hendaklah, apabila permohonan dibuat dengan sewajarnya di bawah seksyen ini dan selepas diberikan kesemua maklumat, butir-butir dan dokumen yang diminta olehnya di bawah subseksyen (3)—
(a)
mengambil tindakan yang perlu untuk menyemak permohonan itu; dan
Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 31
(b)
membuat syor kepada Menteri mengenai sama ada permohonan itu—
(i)
boleh diluluskan atau ditolak; dan
(ii)
tentang ubah suaian, pengubahan atau syarat, jika ada, tertakluk kepadanya ia diluluskan.
(6)
Setelah menerima dan menimbangkan syor Ketua Pendaftar,
Menteri boleh—
(a)
meluluskan permohonan itu dengan atau tanpa apa-apa ubah suaian, pengubahan atau syarat; atau
(b)
menolak permohonan itu tanpa memberikan apa-apa sebab bagi penolakan itu.
(7)
Jika Menteri menolak permohonan itu, Ketua Pendaftar hendaklah memberitahu pemohon tentang penolakan itu secara bertulis.
(8)
Menteri boleh, pada memberikan kelulusan di bawah perenggan (6)(a), menghendaki syarikat itu itu membayar apa-apa amaun fi yang ditetapkan.
(9)
Keputusan Menteri di bawah seksyen ini adalah muktamad.
Menteri boleh mengubah syarat