Malaysia legislation

Section 27

of *AKTA INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI SWASTA 1996

Seksyen 27

Ketua Pendaftar boleh enggan mendaftarkan suatu institusi pendidikan tinggi swasta jika dia berpuas hati—

(a)

bahawa institusi pendidikan tinggi swasta itu atau mana-mana bahagiannya, atas alasan keselamatan dan kesihatan—

(i)

adalah tidak sesuai bagi kegunaan sebagai institusi pendidikan;

(ii)

tidak mempunyai kawasan yang mencukupi dan memuaskan bagi rekreasi pelajar;

(iii)

terletak di tempat yang tidak sesuai;

(iv)

adalah tidak sesuai disebabkan oleh bahaya kebakaran; atau

(v)

adalah selainnya suatu bangunan yang berbahaya;

(b)

bahawa institusi pendidikan tinggi swasta itu berkemungkinan digunakan bagi maksud memberikan pendidikan, ajaran atau latihan yang difikirkan oleh Ketua

Pendaftar, atas apa-apa sebab, sebagai memudaratkan kepentingan Malaysia, orang awam atau pelajar;

(c)

bahawa nama yang dengannya institusi pendidikan tinggi swasta itu didaftarkan adalah pada pendapat Ketua

Pendaftar, tidak sesuai; atau

(d)

bahawa struktur fi yang dicadangkan bagi pelajar adalah tidak munasabah.

Pertukaran premis

Section 27 — AKTA INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI SWASTA 1996