Malaysia legislation

Section 2

of *AKTA INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI SWASTA 1996

Seksyen 2

Tafsiran

“audit” ertinya suatu penilaian ke atas institusi pendidikan tinggi swasta yang dijalankan mengikut seksyen 64A;

“bahasa kebangsaan” ertinya bahasa Melayu sebagaimana yang ditentukan dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan;

“buku” termasuklah rekod maklumat dan rekod akaun atau perakaunan, bagaimana jua pun dikumpulkan, direkodkan atau disimpan;

“cawangan” ertinya cawangan institusi pendidikan tinggi swasta yang ditubuhkan di bawah Akta ini;

“dana permulaan” ertinya suatu akaun yang mengandungi sumbangan tunai yang hendaklah dipunyai oleh syarikat berhad menurut jaminan sebelum pendaftaran di bawah seksyen 24;

“diploma” ertinya diploma yang dianugerahkan kepada seseorang sesudah tamat mengikuti dengan jayanya kursus pengajian yang

Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 13

dirancangkan supaya membawa kepada penganugerahan diploma itu atau yang setaraf dengannya dan termasuklah suatu diploma lanjutan;

“ditetapkan” ertinya ditetapkan oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;

“dokumen konstituen” ertinya statut, piagam, memorandum dan perkara persatuan, kaedah-kaedah dan undang-undang kecil, perjanjian perkongsian atau surat cara lain yang di bawahnya atau melaluinya pemohon, bagi penubuhan institusi pendidikan tinggi swasta, ditubuhkan dan yang dalamnya struktur pengelolaan dan pentadbirannya, skop fungsinya, urusan, kuasa dan kewajipannya dinyatakan, sama ada dalam satu dokumen atau lebih;

“fi yang ditetapkan” ertinya fi yang dikehendaki supaya ditetapkan di bawah Akta ini;

“gabungan” termasuklah pengendalian program berkembar;

“guru” ertinya seseorang yang diambil kerja oleh institusi pendidikan tinggi swasta untuk menjadi guru dan termasuklah profesor kanan, profesor, penolong profesor, pensyarah kanan, pensyarah, penolong pensyarah dan tutor;

“ijazah” ertinya ijazah yang dianugerahkan kepada seseorang di peringkat Sarjana Muda atau di peringkat Sarjana atau di peringkat

Kedoktoran sesudah tamat mengikuti dengan jayanya kursus pengajian yang dirancangkan supaya membawa kepada penganugerahan ijazah itu atau yang setaraf dengannya;

“institusi pendidikan tinggi swasta” ertinya organisasi atau institusi pendidikan, termasuklah Universiti atau Kolej Universiti atau kampus cawangan luar negeri atau Kolej yang diluluskan dan didaftarkan di bawah Akta ini, yang tidak ditubuhkan atau disenggarakan oleh

Kerajaan—

(a)

yang menyediakan pendidikan tinggi;

(b)

yang menyediakan pendidikan jarak jauh; atau 14 Undang-Undang Malaysia AKTA 555

(c)

yang menyediakan pendidikan tinggi atau pendidikan jarak jauh secara bergabung, bersekutu atau bekerjasama dengan—

(i)

institusi pendidikan tinggi swasta yang diluluskan dan didaftarkan di bawah Akta ini;

(ii)

institusi pendidikan tinggi lain—

(aa) sama ada atau tidak ditubuhkan di bawah undang-undang bertulis lain; atau

(bb) sama ada di dalam atau di luar Malaysia;

(iii)

Universiti atau Kolej Universiti yang ditubuhkan di bawah Akta ini;

(iv)

Universiti atau Kolej Universiti yang ditubuhkan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971

[Akta 30];

(v)

Universiti atau Kolej Universiti lain—

(aa) sama ada atau tidak ditubuhkan di bawah undang-undang bertulis lain; atau

(bb) sama ada di dalam atau di luar Malaysia;

(vi)

kampus cawangan; atau

(vii)

badan profesional sama ada di dalam atau di luar

Malaysia yang membawa kepada penganugerahan keanggotaan profesional badan profesional itu;

“Kampus”, berhubung dengan suatu institusi pendidikan tinggi swasta, ertinya premis berdaftar institusi pendidikan tinggi swasta itu;

Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 15

“kampus cawangan” ertinya cawangan institusi pendidikan tinggi swasta yang bertaraf Universiti atau Kolej Universiti yang ditubuhkan di bawah Akta ini;

“kampus cawangan luar negeri” ertinya cawangan Universiti atau

Kolej Universiti luar negeri yang ditubuhkan di bawah Akta ini;

“kelulusan” ertinya kelulusan secara bertulis;

“kesalahan boleh daftar” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Pendaftaran Penjenayah dan Orang Yang Tidak Diingini 1969 [Akta 7];

“ketua eksekutif” ertinya ketua eksekutif institusi pendidikan tinggi swasta;

“Ketua Pendaftar” ertinya Ketua Pendaftar Institusi Pendidikan

Tinggi Swasta yang dilantik di bawah subseksyen 3(1);

“Kolej” ertinya institusi pendidikan tinggi swasta yang tidak bertaraf

Universiti atau Kolej Universiti atau kampus cawangan luar negeri;

“Kolej Universiti” dan “Universiti” ertinya institusi pendidikan tinggi swasta yang diberikan taraf Universiti atau Kolej Universiti di bawah seksyen 21;

“kursus pengajian” ertinya satu kursus atau suatu set kursus yang berkaitan yang membawa kepada penganugerahan sijil, diploma atau ijazah sesudah tamat mengikuti dengan jayanya kursus pengajian itu;

“lembaga pengarah” ertinya lembaga pengarah syarikat yang menubuhkan institusi pendidikan tinggi swasta;

“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pendidikan tinggi;

“pelajar” ertinya seseorang pelajar berdaftar, selain pelajar di suatu institusi yang bersekutu dengan institusi pendidikan tinggi swasta, yang mengikuti kursus pengajian, pengajaran, latihan atau

16 Undang-Undang Malaysia AKTA 555

penyelidikan daripada apa-apa perihalan pada peringkat persediaan, praijazah, lepas ijazah atau lepas kedoktoran secara sepenuh masa atau sambilan dalam, oleh atau dari institusi pendidikan tinggi swasta itu, dan termasuklah pembelajaran jarak jauh, luar kampus, pertukaran dan pelajar tidak berijazah;

“pemohon” bagi maksud kelulusan untuk penubuhan suatu institusi pendidikan tinggi swasta, ertinya suatu syarikat yang diperbadankan dalam negeri atau selainnya;

“Pendaftar” ertinya Pendaftar Institusi Pendidikan Tinggi Swasta yang dilantik di bawah subseksyen 3(2);

“pendidikan jarak jauh” ertinya ajaran atau latihan mengenai atau pengajaran pendidikan tinggi—

(a)

melalui media elektronik semata-mata;

(b)

melalui surat semata-mata;

(c)

yang sebahagiannya adalah melalui media elektronik dan sebahagian lagi melalui surat dan kaedah ajaran, latihan atau pengajaran yang lain; atau

(d)

yang sebahagiannya adalah melalui media elektronik dan sebahagian lagi melalui surat atau kaedah ajaran, latihan atau pengajaran yang lain;

“pendidikan tinggi” ertinya ajaran atau latihan mengenai atau pengajaran kursus pengajian yang membawa kepada penganugerahan sijil, diploma atau ijazah sesudah tamat mengikuti dengan jayanya kursus pengajian itu;

“Penolong Pendaftar” ertinya Penolong Pendaftar Institusi

Pendidikan Tinggi Swasta yang dilantik di bawah subseksyen 3(2);

“perlembagaan” dalam apa-apa konteks berhubungan dengan suatu institusi pendidikan tinggi swasta ertinya perlembagaan institusi pendidikan tinggi swasta itu;

Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 17

“premis” ertinya bangunan yang digunakan sebagai institusi pendidikan tinggi swasta dan termasuklah bangunan bagi maksud menyediakan penginapan dan kemudahan lain bagi pelajar dan kakitangan institusi itu;

“sijil” ertinya kelayakan akademik yang dianugerahkan kepada seseorang sesudah orang itu tamat mengikuti dengan jayanya suatu kursus pengajian yang dirancangkan supaya membawa kepada penganugerahan sijil itu atau yang setaraf dengannya;

“struktur fi” ertinya suatu amaun bayaran terperinci yang dikenakan kepada pelajar bagi mengikuti kursus pengajian atau program latihan;

“surat” ertinya surat yang disampaikan dengan tangan atau melalui pos;

“syarikat” ertinya syarikat yang diperbadankan di bawah Akta

Syarikat 2016 [Akta 777] yang menubuhkan institusi pendidikan tinggi swasta di bawah Akta ini;

“Timbalan Ketua Pendaftar” ertinya Timbalan Ketua Pendaftar

Institusi Pendidikan Tinggi Swasta yang dilantik di bawah subseksyen 3(2);

“Timbalan Pendaftar” ertinya Timbalan Pendaftar Institusi

Pendidikan Tinggi Swasta yang dilantik di bawah subseksyen 3(2).

Section 2 — AKTA INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI SWASTA 1996