Malaysia legislation

Section 31

of *AKTA INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI SWASTA 1996

Seksyen 31

(1A)

Pejabat ketua eksekutif hendaklah terletak di pusat pentadbiran utama institusi pendidikan tinggi swasta itu.

(1B)

Menjadi tanggungjawab ketua eksekutif untuk memaklumkan

Ketua Pendaftar tentang alamat pejabatnya dan apa-apa perubahan alamat itu dari semasa ke semasa.

(2)

Seseorang yang dilantik sebagai ketua eksekutif hendaklah memohon supaya didaftarkan di bawah Bahagian ini.

(3)

Ketua

Pendaftar boleh enggan mendaftarkan atau mengkanselkan pendaftaran seorang ketua eksekutif—

(a)

jika telah dibuktikan terhadapnya, atau dia telah disabitkan atas, pertuduhan berkenaan dengan—

(i)

suatu kesalahan yang melibatkan fraud, ketidakjujuran atau keburukan akhlak;

(ii)

suatu kesalahan di bawah undang-undang berhubungan dengan rasuah; atau

(iii)

apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan (atas kesalahan itu sendiri atau sebagai tambahan kepada atau ganti denda) selama lebih daripada dua tahun;

(b)

jika dia ialah atau menjadi seorang bankrap;

40 Undang-Undang Malaysia AKTA 555

(c)

jika dia menjadi tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya untuk menunaikan kewajipannya;

(d)

jika dia bertindak dalam cara yang memudaratkan kepentingan Malaysia, orang awam atau pelajar;

(e)

jika pelantikannya di bawah subseksyen (1) dibatalkan;

atau

(f)

atas apa-apa sebab lain yang difikirkan wajar oleh Ketua

Pendaftar demi kepentingan orang awam atau pelajar.

(4)

Tiada seorang pun boleh menjalankan tugas atau fungsi seorang ketua eksekutif di bawah Akta ini jika–

(a)

orang itu tidak didaftarkan sebagai ketua eksekutif; atau

(b)

pendaftarannya sebagai ketua eksekutif telah dikanselkan di bawah subseksyen (3) atau perenggan 37(1)(bb).

(5)

Mana-mana orang yang melanggar peruntukan subseksyen (4)

melakukan suatu kesalahan.

Peraturan-peraturan mengenai pendaftaran ketua eksekutif

Section 31 — AKTA INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI SWASTA 1996