Malaysia legislation

Section 43

of *AKTA INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI SWASTA 1996

Seksyen 43

(2)

Mata Pelajaran yang ditentukan oleh Ketua Pendaftar di bawah subseksyen (1) hendaklah diajarkan sebagai tambahan kepada mata pelajaran atau kursus pengajian lain yang diajarkan di institusi pendidikan tinggi swasta.

(3)

Dalam hal pelajar yang merupakan warganegara Malaysia, kelulusan dalam mata pelajaran yang ditentukan oleh Ketua Pendaftar di bawah subseksyen (1), pada tahap yang ditentukan oleh Ketua

Pendaftar, hendaklah menjadi pra-syarat bagi penganugerahan sijil, diploma atau ijazah institusi pendidikan tinggi swasta atau mana-mana

Universiti, Kolej Universiti, institusi pendidikan tinggi, sama ada awam atau swasta, atau badan profesional, di dalam atau di luar Malaysia, berikutan kursus pengajian atau program latihan yang dikendalikan oleh institusi pendidikan tinggi swasta itu secara bersesama atau bergabung, bersekutu atau bekerjasama dengan Universiti, Kolej Universiti, institusi pendidikan tinggi atau badan profesional itu.

(4)

Tertakluk kepada apa-apa syarat yang boleh dikenakan, Ketua

Pendaftar boleh mengecualikan mana-mana pelajar daripada mengikuti apa-apa mata pelajaran wajib.

Penganugerahan ijazah

Section 43 — AKTA INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI SWASTA 1996