Malaysia legislation
Section 56
Seksyen 56
(2)
Institusi pendidikan tinggi swasta itu hendaklah diberikan peluang untuk membuat representasi bertulis mengenainya dalam
Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 65
masa dua puluh satu hari dari tarikh penyampaian notis dalam subseksyen (1).
(3)
Selepas habis tempoh dua puluh satu hari yang disebutkan dalam subseksyen (2) dan selepas menimbangkan apa-apa representasi yang dibuat di bawah subseksyen itu, Ketua Pendaftar hendaklah—
(a)
berkenaan dengan pengkenselan pendaftaran, memutuskan sama ada atau tidak—
(i)
untuk meneruskan tindakan yang dicadangkan;
(ii)
untuk tidak mengambil tindakan lanjut;
(iii)
untuk menambah, menukar atau mengubah syarat pendaftaran; atau
(iv)
untuk memberikan amaran; atau
(b)
berkenaan dengan pembatalan kelulusan, membuat apa-apa syor kepada Menteri.
(4)
Institusi pendidikan tinggi swasta yang pendaftarannya telah dibatalkan oleh Ketua Pendaftar boleh merayu secara bertulis kepada
Menteri dalam masa dua puluh satu hari dari diberitahukan keputusan yang dirayukan itu.
Keputusan hendaklah berdasarkan dokumen dan pendengaran secara lisan tidak dibenarkan