Malaysia legislation
Section 58
Seksyen 58
(a)
tidak dapat memenuhi obligasinya kepada pelajarnya;
(b)
hampir menggantung kegiatan perniagaannya; atau
(c)
sedang menjalankan aktivitinya dalam cara yang memudaratkan kepentingan Malaysia, orang awam atau pelajar, maka Menteri boleh, tanpa menjejaskan keluasan kuasa Menteri untuk memberikan arahan di bawah seksyen 5, demi melindungi kepentingan
Malaysia, orang awam dan pelajar institusi pendidikan tinggi swasta itu—
(aa) mengarahkan supaya institusi pendidikan tinggi swasta yang berkenaan mengambil apa-apa langkah yang difikirkan patut oleh
Menteri untuk membetulkan apa-apa perkara atau membaiki apa-apa hal keadaan;
(bb) mengarahkan supaya seseorang atau suatu jawatankuasa dilantik, atau Menteri sendiri melantik seseorang atau suatu jawatankuasa, untuk menasihatkan ketua eksekutif tentang cara pengurusan institusi pendidikan tinggi swasta itu; atau
Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 67
(cc)
mengambil apa-apa tindakan yang difikirkan perlu oleh Menteri dalam hal keadaan kes itu untuk menjadikan hal ehwal institusi pendidikan tinggi swasta itu selaras dengan peruntukan Akta ini.
(2)
Tiap-tiap arahan Menteri yang dibuat di bawah subseksyen (1)
atau nasihat atau arahan seseorang atau sesuatu jawatankuasa yang dilantik di bawah perenggan (1)(bb) hendaklah mengikat institusi pendidikan tinggi swasta itu.
(3)
Kesemua perbelanjaan yang dilakukan oleh orang atau jawatankuasa yang dilantik di bawah perenggan (1)(bb) hendaklah dibayar oleh institusi pendidikan tinggi swasta itu.
(4)
Jika suatu institusi pendidikan tinggi swasta tidak mematuhi apa-apa nasihat atau arahan yang diberikan kepadanya oleh orang atau jawatankuasa yang dilantik di bawah perenggan (1)(bb), maka ketidakpatuhan itu boleh dijadikan alasan untuk membatalkan kelulusannya.
Pemberhentian kegiatan perniagaan