Malaysia legislation

Section 60

of *AKTA INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI SWASTA 1996

Seksyen 60

(2)

Notis di bawah subseksyen (1) hendaklah—

(a)

diberikan kepada Ketua Pendaftar oleh ketua eksekutif institusi pendidikan tinggi swasta itu;

(b)

disampaikan melalui surat berdaftar Akuan Terima kepada pelajar institusi pendidikan tinggi swasta itu; dan

(c)

disiarkan dalam akhbar, sekurang-kurangnya satu dalam bahasa kebangsaan dan satu lagi dalam apa-apa bahasa lain.

(3)

Jika penutupan institusi pendidikan tinggi swasta adalah atas sebab dalam perenggan 59(a) dan (b) dan subperenggan 59(d)(ii), maka institusi pendidikan tinggi swasta itu hendaklah dalam masa dua puluh satu hari selepas diberitahu tentang keputusan Menteri untuk membatalkan kelulusannya, keputusan Ketua pendaftar untuk mengkenselkan pendaftarannya atau perintah mahkamah supaya syarikat digulung, mengikut mana-mana yang berkenaan—

(a)

menyampaikan notis penutupannya kepada pelajarnya melalui surat berdaftar Akuan Terima; dan

Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 69

(b)

menyiarkan notis penutupannya dalam akhbar, sekurang-kurangnya satu dalam bahasa kebangsaan dan satu lagi dalam apa-apa bahasa lain.

(4)

Jika penutupan institusi pendidikan tinggi swasta itu ialah kerana alasan dalam perenggan 59(e), ketua eksekutif hendaklah meminta arahan daripada Ketua Pendaftar berkenaan dengan pemberitahuan penutupannya.

(5)

Institusi pendidikan tinggi swasta yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Perkiraan bagi penerusan pendidikan pelajar

Section 60 — AKTA INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI SWASTA 1996