Malaysia legislation
Section 64
Seksyen 64
Kuasa Ketua Pendaftar semasa memeriksa institusi pendidikan tinggi swasta
(a)
memasuki–
(i)
mana-mana kawasan termasuk bangunan atau struktur di atasnya yang dipunyai atau digunakan oleh, sama ada secara tetap atau selainnya, atau sama ada didaftarkan atau tidak bagi kegunaan, institusi pendidikan tinggi swasta; atau
Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 71
(ii)
mana-mana premis;
(b)
memeriksa apa-apa buku, daftar, dokumen, bahan atau barang lain sama ada dalam bentuk fizikal atau medium elektronik yang difikirkannya perlu;
(c)
mengalihkan dan menahan apa-apa buku, daftar, dokumen, bahan atau barang lain sama ada dalam bentuk fizikal atau medium elektronik —
(i)
yang didapati olehnya boleh memudaratkan kepentingan Malaysia, orang awam atau pelajar;
atau
(ii)
yang pada pendapatnya, boleh dijadikan keterangan tentang suatu kesalahan yang dilakukan di bawah
Akta ini; dan
(d)
menghendaki mana-mana orang, sebagai anggota lembaga pengarah, ketua eksekutif, pekerja atau pelajar institusi pendidikan tinggi swasta itu, supaya mengemukakan bagi pemeriksaannya apa-apa buku, daftar, dokumen, bahan atau barang lain sama ada dalam bentuk fizikal atau medium elektronik yang berada dalam milikan atau jagaan atau di bawah kawalannya atau yang berada dalam kuasanya untuk diberi—
(i)
berhubungan dengan pengurusan institusi pendidikan tinggi swasta itu; atau
(ii)
berhubungan dengan pengajaran yang dijalankan dalam institusi pendidikan tinggi swasta itu.
Audit