Malaysia legislation

Section 66

of *AKTA INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI SWASTA 1996

Seksyen 66

(2)

Pegawai penyiasat yang menjalankan penyiasatan di bawah

Akta ini boleh memasuki mana-mana tempat atau bangunan dan boleh memeriksa, membuat salinan, membuat cabutan daripada, mengalihkan dan menahan apa-apa buku, buku minit, daftar, dokumen, bahan atau barang sama ada dalam bentuk fizikal atau medium elektronik.

Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 73

(3)

Pegawai penyiasat boleh, melalui notis secara bertulis, menghendaki mana-mana orang memberikan kepadanya apa-apa buku, buku minit, daftar, dokumen barang atau bahan yang berada dalam milikan atau jagaan atau di bawah kawalan orang itu atau berada dalam kuasa orang itu untuk diberikan.

(4)

Seseorang yang—

(a)

tidak mengemukakan apa-apa buku, buku minit, daftar, dokumen, bahan atau barang sama ada dalam bentuk fizikal atau medium elektronik yang dikehendaki oleh seseorang pegawai penyiasat; atau

(b)

menghalang atau menggalang seseorang pegawai penyiasat yang sedang menjalankan mana-mana kuasa di bawah seksyen ini, melakukan suatu kesalahan, dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

(5)

Pegawai penyiasat boleh memberikan kebenaran kepada mana-mana orang untuk memeriksa buku, buku minit, daftar, dokumen, bahan atau barang sama ada dalam bentuk fizikal atau medium elektronik yang ditahan dan diambil milik oleh pegawai penyiasat di bawah subseksyen (2) jika orang itu berhak di bawah Akta ini untuk memeriksa buku, buku minit, daftar, dokumen, bahan atau barang itu sama ada dalam bentuk fizikal atau medium elektronik.

(6)

Seksyen ini tidak boleh ditafsirkan sebagai mengehadkan atau menyentuh apa-apa kuasa yang serupa yang diberikan kepada mana-mana orang di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang lain.

Kuasa untuk menggeledah dan menyita

Section 66 — AKTA INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI SWASTA 1996