Malaysia legislation
Section 73
Seksyen 73
(a)
menghentikan penerusan keluaran iklan itu;
(b)
mengubahsuaikan iklan itu mengikut cara yang dinyatakan oleh Ketua Pendaftar;
(c)
menghentikan keluaran mana-mana iklan yang keseluruhannya atau sebahagiannya adalah pengulangan iklan itu;
(d)
mengambil segala langkah yang praktik untuk menarik balik iklan itu daripada tiap-tiap dan segala penyiaran atau pemamerannya; atau
(e)
menyiarkan suatu pernyataan dalam cara yang serupa dengan iklan yang dikeluarkan pada awalnya untuk menarik balik atau mengubahsuaikan iklan itu.
(2)
Ketua Pendaftar boleh mengubah, menambah kepada, menukar, membatalkan atau selainnya meminda apa-apa arahan yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) melalui notis secara bertulis kepada institusi pendidikan tinggi swasta yang berkenaan.
(3)
Selepas pendaftaran sesuatu institusi pendidikan tinggi swasta di bawah Bahagian V, mana-mana iklan berhubungan dengan institusi pendidikan tinggi swasta itu hendaklah mengandungi nombor pendaftaran institusi pendidikan tinggi swasta itu.
80 Undang-Undang Malaysia AKTA 555
(4)
Mana-mana orang atau institusi pendidikan tinggi swasta yang melanggar arahan Ketua Pendaftar di bawah subseksyen (1)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
(5)
Apa-apa tindakan yang diambil oleh Ketua Pendaftar di bawah seksyen ini tidak menjejaskan kuasa Pengawal, Timbalan Pengawal atau Penolong Pengawal Perihal Dagangan di bawah Akta Perihal
Dagangan 2011 [Akta 730].
Tafsiran pengiklanan