Malaysia legislation

Section 88

of *AKTA INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI SWASTA 1996

Seksyen 88

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan kuasa yang diberikan dalam subseksyen (1), Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi atau berkenaan dengan kesemua atau mana-mana perkara yang berikut:

Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 91

(a)

borang yang hendak digunakan dan maklumat yang hendaklah diberikan dalam apa-apa permohonan atau bagi apa-apa maksud lain di bawah Akta ini;

(b)

tatacara yang hendaklah diikuti dan fi yang difikirkan patut ditetapkan berkenaan dengan apa-apa permohonan di bawah Akta ini atau berkenaan dengan apa-apa perakuan, permit atau dokumen lain yang dikeluarkan di bawah Akta ini;

(c)

bentuk yang dalamnya suatu daftar atau rekod lain hendaklah disimpan atau disenggarakan di bawah Akta ini, catatan yang hendaklah dibuat dalamnya, peruntukan bagi pemeriksaan dan pengambilan cabutan daripadanya dan pemberian salinannya dan fi yang hendaklah dibayar bagi pemeriksaan, cabutan dan salinan itu masing-masingnya;

(d)

pengendalian kursus pengajian;

(e)

tatacara yang hendaklah diikuti bagi pengendorsan, pengubahan atau pindaan perakuan pendaftaran, permit mengajar atau apa-apa dokumen lain yang dikeluarkan di bawah Akta ini dan penggantian perakuan, permit atau dokumen lain yang hilang atau rosak;

(f)

kemudahan pendidikan yang hendaklah disediakan oleh institusi pendidikan tinggi swasta;

(g)

pengadaan pendidikan jarak jauh;

(h)

piawai kesihatan dan keselamatan, dan kegunaan yang hendaklah dipatuhi bagi premis institusi pendidikan tinggi swasta, dan menetapkan piawai dan kegunaan yang berlainan, bagi apa-apa perihalan institusi pendidikan tinggi swasta, sebagaimana yang dinyatakan dalam peraturan-peraturan;

92 Undang-Undang Malaysia AKTA 555

(i)

mata pelajaran wajib lain yang hendaklah diajarkan selain yang dinyatakan dalam seksyen 42 dan 43;

(j)

tatacara yang hendaklah diikuti berkenaan dengan rayuan kepada Menteri daripada keputusan Ketua Pendaftar;

(k)

rekod yang hendaklah disimpan oleh institusi pendidikan tinggi swasta dan penyata yang hendaklah dibuat termasuklah rekod dan penyata kewangan;

(l)

menentukan fi yang hendaklah dikenakan ke atas pelajar institusi pendidikan tinggi swasta;

(m)

fi yang dikehendaki ditetapkan di bawah Akta ini selain fi yang disebut dalam perenggan (b) dan (c);

(n)

cara bagaimana gabungan, persekutuan atau kerjasama antara institusi pendidikan tinggi swasta boleh dijalankan;

(o)

menetapkan kesalahan yang boleh dikompaun;

(oa) cara bagaimana pengauditan boleh dijalankan;

(p)

apa-apa perkara lain yang dikehendaki ditetapkan di bawah Akta ini; dan

(q)

apa-apa perkara lain yang Menteri fikirkan adalah suai manfaat atau perlu bagi maksud Akta ini.

(3)

Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini boleh memperuntukkan bahawa pelanggaran mana-mana peruntukan dalam peraturan-peraturan itu adalah suatu kesalahan dan bahawa kesalahan sedemikian boleh dihukum, apabila disabitkan, dengan hukuman denda atau pemenjaraan atau kedua-duanya tetapi tidak boleh membuat peruntukan supaya denda itu melebihi sepuluh ribu ringgit atau tempoh pemenjaraan itu melebihi satu bulan.

Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 93

Section 88 — AKTA INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI SWASTA 1996